Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 10 Mac 2014

Terkini !!! Keputusan Analisis Tompokan Minyak Yang Menjadi Tanda Tanya #PrayForMH370


PASIR PUTEH 10 Mac - Tompokan minyak yang ditemukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira 20 batu nautika dari lokasi pesawat MH370 dilaporkan hilang bukan berasal dari pesawat MH370 yang hilang.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Wilayah Timur, Datuk Nasir Adam berkata, keputusan analisis tompokan minyak tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kimia di Petaling Jaya pada pukul 5 petang ini.

"Keputusan analisa adalah negatif, bukan berasal dari pesawat MH370.

"Sampel itu dikategori sebagai bahan bakar untuk kegunaan tongkang atau kapal laut, bukan kegunaan pesawat udara," katanya dalam sidang akhbar di Pelabuhan Maritim Malaysia Tok Bali, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog