Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 20 Mac 2014

Terkini !!! Operasi Mencari & Menyelamat Di Pertingkatkan Setelah Menemui Pertunjuk Baru #PrayForMH370


SEPANG - Misi mencari pesawat MAS MH370 yang hilang dipertingkatkan dengan petunjuk baharu yang boleh dipercayai muncul hari ini dengan dua objek dikenal pasti di selatan Lautan Hindi.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata walaupun pasukan penyiasat akan melayan semua petunjuk dengan tahap kepentingan yang sama, maklumat terbaru yang dikongsi Australia, di mana dua objek dilihat di laut, merupakan "petunjuk yang boleh dipercayai".

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan penyiasat akan bekerja sepanjang malam untuk menyokong dan mengesahkan petunjuk terbaharu bagi pencarian pesawat atau kotak hitam.

"Perkara itu memberikan kita satu harapan. Selagi ada harapan, kami akan meneruskan (operasi mencari dan menyelamat). Sebab itu kenapa saya berkata ia merupakan satu keutamaan untuk mencari pesawat itu dan kemungkinan kotak hitam.

"Tetapi untuk berlaku adil kepada anggota keluarga, kami juga mesti menunjukkan kami tidak pernah berputus asa," katanya dalam persidangan media harian mengenai perkembangan terkini usaha mencari pesawat MAS Beoing 777-200ER yang hilang pada 8 Mac semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang dalam pesawat.

Perdana menteri Australia Tony Abbott berkata di Canberra Khamis bahawa imej satelit menunjukkan dua objek yang mungkin berkaitan dengan kehilangan Penerbangan MAS.

Abbott dipetik sebagai berkata dalam ucapannya di Parlimen "bahawa maklumat baharu dan boleh dipercayai diperoleh berhubung misi mencari.. di selatan Lautan Hindi.

Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12  anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada jam 12.41 tengah malam sebelumnya. Ia dijadual tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.

Kawasan pencarian diperluaskan meliputi kawasan yang luas di arah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah melencong dari laluan asal selepas seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.

Usaha itu kini ditumpukan kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; dan koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Ketika ditanya kenapa maklumat dari Australia dianggap boleh dipercayai, Hishammuddin berkata sehingga di tahap tertentu, petunjuk itu disokong dengan maklumat dari satelit-satelit lain.

"Ini merupakan sesuatu (di mana) kita boleh membawa kapal-kapal kita ke sana. Ini adalah sesuatu sehingga kedua-dua perdana menteri bercakap di antara satu sama lain. Ini menjadikan ia berlainan sedikit daripada petunjuk-petunjuk sebelum ini," katanya merujuk kepada laporan awal bahawa satelit China telah merakam kemungkinan imej objek di Laut China Selatan yang ternyata secara tidak sengaja diterbitkan Pentadbiran Negara China bagi Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Nasional (SANTIND).

Ketika ditanya bentuk tindakan yang mungkin diambil jika objek itu disahkan MH370, Hishammuddin berkata pengalaman Perancis dalam insiden Penerbangan 447 Air France pada 2009 akan menjadi lebih berguna untuk mencari kotak hitam.

Berikutan petunjuk terbaharu itu, beliau berkata buat masa ini pasukan penyiasat perlu menyenaraikan teknologi dan aset untuk dikerahkan apabila tiba masanya.

Memandangkan beliau tidak dapat mengesahkan imej dua objek yang diambil, Hishammuddin bagaimanapun menegaskan tiada rakan antarabangsa dalam operasi SAR keberatan untuk berkongsi maklumat termasuk imej satelit.

"Kami tidak ada rakan-rakan yang keberatan dalam bidang mencari dan menyelamat," katanya.

Hishammuddin berkata siasatan akan meneliti semua punca yang mungkin menyebabkan kehilangan pesawat itu termasuk kabin mungkin dinyahtekanan.

"Kami tidak menolak sebarang kemungkinan. Tindakan segera ialah untuk mencari kotak hitam supaya ia akan memberikan lebih banyak maklumat kepada kami (berhubung sebab kehilangan MH370), katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog