Pengaruh pemegang ijazah undang-undang dari Cardif University, UK sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Pendang tidak boleh siapa sangkal kerana terbukti kemampuannya memimpin wanita UMNO di bahagian dan menjaga kebajikan penduduk di kawasannya telah melayakkan beliau menjadi wakil rakyat selama tiga penggal berturut-turut.
Walau pun pada PRU12 tsunami politik telah melanda BN sehinggakan negeri Kedah serta beberapa negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Suraya tetap mempertahankan kerusi BN di DUN Sungai Tiang dengan kemenangan majoriti 3006 undi.
Pada PRU13 yang baru saja berlalu, Suraya yang betanding atas tiket Ketua Wanita UMNO Bahagian Pendang telah menunjukkan kemampuannya sekali lagi apabila memenangi dengan jumlah majoriti undi yang begitu tinggi iaitu 6994 undi.
Apa yang Pisau Kedah dapat lihat dari kejayaan dan kemampuannya yang pada mulanya menjadi pemimpin dari peringkat puteri sehinggalah menjadi pemimpin di peringkat wanita, Suraya sememangnya layak bertanding sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Rasanya tidak salah kalau dari pendapat peribadi, Pisau Kedah mengatakan yang Suraya sememangnya layak memenangi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dalam pemilihan kali ini.
Golongan Profesional seperti Suraya ini perlu ada dalam kepimpinan Wanita UMNO pusat dan menjadi satu kerugian sekiranya individu yang boleh membawa naik martabat Wanita lebih tinggi dalam UMNO tidak diberi laluan memegang jawatan sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.
1 ulasan:
Syabas Yb Suraya. Sy akan menyokong dan memberi undi kepada YB.
Catat Ulasan