PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan akar umbi dan pemimpin parti supaya berhati-hati dan tidak terlalu yakin menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan.
Walaupun PAS menang majoriti besar semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, namun Nik Aziz menegaskan dalam PRK pelbagai kemungkinan boleh terjadi.
“Saya berharap agar semua lapisan pimpinan parti PAS tidak memandang ringan cabaran Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRK Dun Sungai Limau nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS termasuk rakan parti dalam Pakatan Rakyat perlu berwaspada tatik pihak lawan yang akan menggunakan pelbagai usaha untuk menawan kembali kerusi tersebut.
“Gerak kerja harus dimulakan sekarang, jauhi sikap terlampau yakin. Tingkatkan usaha di tahap maksimum, gantungkan harapan kepada Allah,” katanya.- Petikan dari FMT
Apakah benar di sebabkan taktik pihak BN, PAS merasa tergugat di PRK Sungai Limau ?.
Sebenarnya PAS tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan taktik BN di PRK Sungai Limau kerana di situ merupakan kawasan kuat bagi PAS sebelum ini di bawah Allahyarham Ustaz Azizan Razak.
Walaupun pada PRU13 yang lalu terdapat golongan dari pihak dalaman PAS Kedah cuba menjatuhkan Allahyarham, Allahyarham tetap mempertahankan kerusinya dengan kemenangan majoriti 2774 undi membabitkan perlawanan 4 penjuru iaitu 1 PAS, 1BN, 2 Bebas.
Namun setelah pemergian Allahyarham, kedudukan PAS ternyata tergugat sedikit di PRK Sungai Limau kerana di tempat berkenaan sejak PRU13 yang lalu PAS masih lagi berpecah dengan pergolakkan yang agak kritikal.
Pada PRK Sungai Limau ini, PAS hanya bergantung harap kepada penyokong PAS pro Allahyarham serta golongan pengundi atas pagar dan keluarga terdekat Allahyarham tidak beralih angin di sebabkan kecewa dengan tindakkan segelintir pihak pemimpin dalaman PAS Kedah yang mahu menjatuhkan Allahyarham pada PRU13 yang lalu.
Selain itu.. kedudukan PAS agak tergugat disebabkan YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir yang di lantik sebagai Menteri Besar Kedah baru setelah BN memenangi pada PRU 13 yang lalu agak disenangi penyokong PAS pro Allahyarham Ustaz Azizan serta keluarga terdekat Allahyarham.
PAS bimbang akan situasi berkenaan akan di terjemahkan dalam bentuk undi memihak kepada BN pada PRK Sungai Limau nanti.
1 ulasan:
kyrie irving shoes
yeezy 350
off white nike
kd12
supreme hoodie
off white nike
hermes belt
golden goose
kobe sneakers
kyrie irving
Catat Ulasan