Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 26 Mac 2014

Panas !!! Mahkamah Menetapkan @anwaribrahim Tetap Pengamal Homoseksual



Hari ini satu tamparan hebat buat Anwar Ibrahim apabila dia gagal dalam pemohonan menggugurkan kenyataan keputusan Mahkamah Persekutuan SEMBILAN tahun lepas yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang pengamal homoseksual.

Keputusan menolak pemohonan Anwar itu dilakukan oleh LIMA Hakim Mahkmah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin hari ini.

PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) -- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam usahanya untuk mengeluarkan kenyataan di dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual. 
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebulat suara menolak permohonan semakan Anwar untuk memadamkan kenyataan berkenaan daripada penghakiman majoriti yang diputuskan sembilan tahun lepas oleh Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Tun Abdul Hamid Mohamad. 
Abdul Hamid, yang kemudian dilantik Ketua Hakim Negara dan bersara pada 2008, dalam keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Persekutuan pada 2 Sept 2004, membebaskan Anwar terhadap tuduhan meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada 1994. 
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Zulkefli berkata Abdul Hamid berhak membuat kenyataan itu ketika menyampaikan keputusan majoriti berkenaan kerana terdapat bukti yang mencukupi pada rekod untuk mewajarkan ulasan itu. 
Beliau berkata penghakiman majoriti itu menerima bahawa kejadian seksual itu sebenarnya telah berlaku tetapi ada keraguan bilakah kejadian itu berlaku. 
Hakim Zulkefli berkata keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar itu adalah berdasarkan fakta bahawa tarikh kesalahan itu tidak dibuktikan dan tiada pada bila-bila masa mahkamah memutuskan kesalahan seksual itu tidak berlaku. 
"Pada pandangan kami, keputusan yang dicapai dalam penghakiman majoriti di dalam kenyataan yang mahu dibuang itu sebenarnya berdasarkan bukti yang ditemui di dalam rekod rayuan.
"Sehubungan itu kenyataan berkenaan tidak boleh disebut sebagai 'pendapat peribadi' hakim berkenaan yang memutuskan keputusan majoriti," katanya. 
Anwar berkata kenyataan yang menjadi persoalan di dalam penghakiman majoriti itu harus dikeluarkan kerana ia adalah pendapat peribadi Abdul Hamid dan bukan merupakan asas untuk penghakiman majoriti. 
Kenyataan yang Anwar mahu keluarkan ialah "kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang-kadang..." 
Sukma Darmawan ialah adik angkat Anwar yang didakwa bersama-sama Anwar terhadap pertuduhan meliwat. 
Hakim Zulkefli berkata Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bahawa kenyataan itu adalah sebahagian daripada proses analisis yang dijalankan Abdul Hamid ketika menimbangkan keputusan majoriti itu. 
Beliau berkata jika mahkamah membenarkan permohonan Anwar, ia akan membuka peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk membuat permohonan sama untuk menyunting penghakiman mahkamah bagi memenuhi tujuan masing-masing. 
"Pada pandangan kami ini dianggap mengganggu proses kehakiman, yang tidak dibenarkan," kata Hakim Zulkefli. 
Beliau berkata permohonan Anwar bukan kes yang sesuai dan wajar bagi Mahkamah Persekutuan menggunakan bidang kuasa semakan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk mengeluarkan suatu perintah memadamkan kenyataan itu. 
Empat lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang menganggotai panel itu ialah Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali.
-- BERNAMA

2 ulasan:

QalamQabut berkata...

Tak pernah dengar dia bertaubat pun. Nak dengar dia bersumpah tak pernah buat jugak tak pernah.

Kesian anak Nurul Izzah dapat atuk macam ni...

Tanpa Nama berkata...

Taubat??? Tipu lagi, pasti!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog