Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 18 Mac 2014

" #SelawatPerdana " Penganjur Sasarkan Lebih 500 Ribu Penyertaan Umat Islam


KUALA LUMPUR 17 Mac - Program Selawat Perdana
Malam Cinta Allah dan Rasul anjuran Sekretariat
Selawat Perdana dengan kerjasama Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB), Jumaat ini menyasarkan lebih
500,000 penyertaan.

Program di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya
itu bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak serta menampilkan barisan artis tempatan
antaranya Mawi, Nabil, Bienda, Tasha Shila dan Fizz
Fairuz.


Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul
Nasrun Kamarudin berkata, selain aktiviti berselawat,
solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang
pesawat MH370 juga akan diadakan.

"Majlis bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan
Persaudaraan ini bertujuan mengajak orang ramai
berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

"Acara ini membuktikan ahli-ahli sekretariat yang
dianggotai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Islam, belia dan barisan anak muda mampu
menganjurkan majlis keagamaan seumpama ini,"
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi KTMB, Datuk Ir. Nawawi
Ahmad berkata, pihaknya akan menyediakan
pengangkutan awam dengan kadar tambang
berpatutan ke stesen komuter paling hampir iaitu
Stesen Serdang.

"Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan
komuter ke Serdang boleh menaiki bas ulang-alik ke
Putrajaya yang disediakan pihak penganjur secara
percuma setiap lapan minit bermula pukul 5 petang
sehingga 11.30 malam.

"Kami juga melanjutkan tempoh perkhidmatan
komuter sehingga pukul 12 tengah malam untuk
memudahkan dan memberi keselesaan kepada para
pengunjung," katanya.
Bacaan selawat dalam majlis itu akan dipimpin oleh
tokoh agama nusantara, Habib Syech Abdul Qodir
Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Orang ramai digalakkan berpakaian serba putih dan
sebarang pertanyaan sila hubungi 012-2233757 atau
menerusi laman Twitter, @selawatperdana .

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seronoknya tengok gamabar-gambar YAB PM dan artis-artis kita menyokong dan akan terlibat ibadah yg. sungguh MULIA ini, demi ALLAH SWT kita. ALHAMDULILLAH!

Semoga umat Islam/Melayu kita terutamanya anak-anak muda semua menjadi lebih soleh! Walaupun Tanah melayu ISLAM kita ini mahu dihuru-harakan si KAPIR HARBI, terutamanya agar anak muda ISLAM/Melayu kita kita dirosakkan pesta LUCAH, DADAH, ALKOHOL, BERPAKAIAN hampir TELANJANG, KEBEBASAN SEKS temasuk MELIWAT dsbnya! Sedangkan Malaysia adalah NEGARA ISLAM! “Nauzu billahi min zalik”: “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

Makcik Sambal Belacan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog