Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 7 Mac 2013

Info Lahad Datu : Apa Muslihat Ketua Rejim Lanun Sulu Minta Gencatan Senjata Dan Bukannya Serah Diri ??? #Pray4Sabah




Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata Sebelah Pihak

MANILA: Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.

"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis," kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.

Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa." Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.

Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

Bagi pendapat Pisau Kedah, Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata hanyalah satu muslihat untuk melindungi agenda sebenar mereka.

Pihak Rejim Lanun Sulu sudah mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam perang gerila. Pastinya apa yang di tuntut Jamalul Kiram III hanyalah satu muslihat jahat untuk bertindak balas terhadap pihak Keselamatan Malaysia.

Ini terbukti dengan apa yang berlaku sebelum ini apabila Rejim Lanun Sulu menggunakan bendera putih bagi menunjukan tanda mereka tidak akan melakukan serangan terhadap pihak Keselamatan Malaysia. Namun apa yang berlaku sebaliknya setelah Rejim Lanun Sulu mengangkat bendera putih bagi mengaburi mata pihak Keselamatan Malaysia, mereka melakukan serang hendap dari belakang sehingga mencedera dan mengorbankan anggota Keselamatan Malaysia. 

Harus di ingat sekiranya pihak Keselamatan Malaysia meneruskan juga misi menghapus Rejim Lanun Sulu. Pastinya mereka akan menggunakan alasan pihak Keselamatan Malaysia tidak menghormati gesaan dari pihak PBB sebagai jalan untuk mereka meminta bantuan dari pihak luar supaya masuk campur tangan di dalam tuntutan mereka terhadap Sabah.

Apa-apu pun Jamalul Kiram III tetap mahu menuruskan agendanya menuntut kedaulatan Sabah dari Malayisa sama ada dari segi peperangan atau masuk campur pihak luar sebagai orang tengah.

Sekiranya ikhlas Jamalul Kiram III tidak mahu banyak petumpahan darah sudah pasti Jamalul Kiram meminta Rejimnya menyerah diri dan bukannya mengisytihar gencatan senjata.

Di harapkan pihak Keselamatan Malaysia membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk menurut kehendak Jamalul Kiram III yang ternyata banyak muslihatnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog