Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 2 Mac 2013

Dalam Isu Pencerobohan Lahad Datu, Nik Aziz Lebih Berfikiran Rasional Berbanding Anwar Dan Tian Chua



Jika sebelum ini Tian Chua, Anwar serta beberapa pemimpin PKR menyalahkan Najib dan Umno diatas kematian 2 anggota komando VAT69 di Lahad Datu, Nik Aziz tampil dengan kenyataan yang berbeza.

Mursyidul Am Pas tersebut menganggap pengorbanan kedua-dua arwah merupakan jasa yang besar kepada negara dan juga mendoakan kedua-duanya diberikan ganjaran dari Allah SWT.

Nik Aziz juga berharap kerajaan akan menyiasat bagaimana perairan negara boleh ditembusi oleh kumpulan penceroboh berkenaan agar peristiwa yang sama tak berulang di masa hadapan.

PAS juga turut merakamkan takziah kepada keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di Lahad Datu semalam.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu semalam.

"Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan selain kedua-dua mereka, 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis semalam.

Akibat insiden itu juga, tiga anggota polis dilaporkan cedera.

Mengulas lanjut Tuan Guru berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi merungkai persoalan kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi sehingga terjadinya apa yang berlaku di Laha Datu sekarang ini.

"Saya juga mengharapkan satu siasatan yang serius dilakukan ekoran insiden yang tidak diingini ini khususnya dalam isu kawalan sempadan darat dan perairan negara yang nampaknya agak longgar sehingga berjaya ditembusi begitu mudah," katanya.- MPP Online

3 ulasan:

Unknown berkata...

yang ni aku sangat suka dgn nicky ajisni tapi kepala hotak si tua bangka ni kena cuci sikit sbb kadang kadang kurang ajar sangat....tapi tak payah kita jahit sampai dia tak bole makan dan minum...nanti mamposss pula....

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz ni kadang2 ok, kadang2 tak berapa ok, kadang@ langsung tak ok.. al maklum la dah tua pas tu nyanyok pulak

Tanpa Nama berkata...

semut mati kerana gula, pas mati kerana nik aziz nik mat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog