Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 4 Mac 2013

Info !!! 9 Maklumat Mengapa Rejim Sultan Sulu Tidak Berhak Tuntut Sabah Dari Malaysia Walaupun Minta PBB Masuk Campur




MANILA, Filipina – Jamalul Kiram III hari ini berkata, beliau mahu bukan sahaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk campur tangan dalam situasi yang semakin buruk di Sabah.


Kiram berkata, pihak kesultanan telah hilang kepercayaan bahawa pentadbiran Aquino akan membantu dalam tuntutan mereka ke atas Sabah, yang dianggap sebagai tanah nenek moyang masyarakat Sulu.


Ditanya mengenai langkah seterusnya, Kiram berkata, mereka akan mendapatkan bantuan daripada badan antarabangsa dan dua kuasa dunia itu.


Beliau berkata, kali terakhir isu berkenaan dibawa ke PBB adalah dalam tahun 1960-an, di bawah pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal (gambar, bawah).




Kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram telah berkubu di Sabah sejak 12 Februari lalu dalam usaha untuk mengesahkan pemilikan Sulu ke atas Sabah.


Pertembungan pertama antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penyokong Kiram meletus Jumaat lalu, meninggalkan sekurang-kurangnya 12 pengikut mati.


Satu lagi insiden serangan hendap pada hari Sabtu di Semporna menyebabkan 6 polis Malaysia dan 6 penceroboh mati.


Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima sebelum ini berkata, isu Sabah boleh dibawa ke hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk penyelesaian.


Filipina telah pun memfailkan tuntutan ke atas Sabah di ICJ, menurut Amina Rasul, Presiden Pusat Filipina untuk Islam dan Demokrasi (PCID).


Beliau berkata Kesultanan Sulu mempunyai tuntutan sejarah di Sabah, yang telah ditegakkan pada tahun 1939 di hadapan Ketua Hakim, C.F.C. Macaskie di Mahkamah Tinggi Borneo Utara.


Sabah telah diberikan kepada Kesultanan Sulu oleh Kesultanan Brunei kerana peranan Sulu dalam menamatkan satu pemberontakan pada abad ke-17.


Pada tahun 1878, Kesultanan Sulu memajak Sabah kepada Kompeni Borneo Utara British.


9 Sebab mengapa Rejim Sultan Sulu tidak berhak menuntut Sabah dari Malaysia 



1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.


2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986

3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.

5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)

8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

SUMBER: DISINI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni semua keje nuar juburi

papa jahat berkata...

Anuar dah janji dgn Nur Masuri serta sultan sulu klu mereka bersedia membantu Anuar jadi PM bahgian Sabah akan dikembalikan kepada meraka. Sebab tulah meraka menceroboh apa bila dekat nak pilihan raya supaya Anuar mudah buat proganda utk memburukan kerajaan dan juga menghasut rakyat supaya membenci kerajaan. Anuar ingin mengulangi perstiwa pada 2008 dgn cara menipu rakyat supaya membenci kerajaan meraka telah menguasai 5 buah negeri. Kita akan lihat sejarah seterusnya pada kali ini adakah rancangan Anuar dan kuncunya2 akan berjaya....walau bagaimana pehak kerajaan perlu berhati2 dgn permainan licik lagi keji Si penghinat Anuar dan kuncunya ini. Tugas berat kerajaan mesti memberi tahu secara terperinci dgn berulang2 kali certa keadaan sebenar perstiwa yg belaku itu diLahad Datu agar rakyat tidak keliru dan tertipu oleh pihak pembangkang yg menghalalkan apa cara demi kerana gila kuasa dan PM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog