Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 7 Mac 2013

Gempar !!! Pengarah Hospital Cedera Parah Di Tetak Kakitangan Hospital

Gila !!! hanya di sebabkan arahan pindah ke unit lain seorang kakitangan Hospital Taiping sanggup menetak Pengarah Hospital sehingga cedera parah.


IPOH: Lelaki yang bertindak menetak Pengarah Hospital Taiping sehingga parah menggunakan parang menyerah diri kepada pihak polis hari ini 
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, DSP Leong Wen Yew berkata suspek telah menghubungi pihak polis untuk menyerah diri kira-kira jam 11.30 pagi tadi, di satu lokasi di Jalan Maharajalela, Taiping.
"Suspek dijangka direman esok bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian pada 11.20 pagi semalam di hospital berkenaan, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman cedera di badan, kepala dan tangan akibat tetakan seorang petugas hospital itu. 
Suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana dia diarah berpindah ke unit lain. 
Dr Mohd Yassim dilapor turut patah tulang lengan dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang, Selangor. - Bernama



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog