Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 11 Mac 2013

Hot !!! Datuk Bashah Gesa Azizan Razak Dan Jamil Osman Letak Jawatan Dalam KUIN



SUNGAI PETANI - Tindakan kompaun berjumlah RM272,000 yang dikenakan ke atas Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) merupakan satu lagi petanda peneraju pentadbiran institusi itu harus melepaskan jawatan mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ini kerana kebanyakan masalah yang meletakkan Insaniah dalam krisis kewangan kritikal sekarang berpunca daripada tindakan pihak pengurusan.

"Insaniah perlu diselamatkan daripada ditimpa masalah akibat tindakan-tindakan yang dibuat oleh pihak pengurusannya.

"Pengerusi (Lembaga Pengarah) Insaniah yang juga Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) dan Rektor (Prof Datuk Dr Jamil Osman), perlu bertanggungjawab dan saya rasa mereka perlu melepaskan jawatan atas kerugian yang berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini semalam, sebagai mengulas tindakan kompaun yang dikenakan Kementerian Pengajian Tinggi terhadap Insaniah atas kesalahan mengambil 34 pelajar di bawah syarat kelayakan.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata kompaun yang mesti dijelaskan Insaniah sebelum 26 Mac itu akan memburukkan lagi masalah kewangan institusi tersebut.

"Kita hairan bagaimana mereka boleh mengambil pelajar yang tidak cukup syarat sedangkan mereka tahu ia dikawal oleh akta, perkara ini bukan mainan," katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa ketika mengadakan lawatan mengejut ke kolej itu di Mergong, Alor Setar, berkata tawaran kompaun berkenaan perlu dijelaskan sebelum 26 Mac ini atau Insaniah akan berdepan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 40 (2) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda RM50,000 bagi setiap pelajar atau penjara enam bulan.

Difahamkan, Insaniah berjanji akan menjelaskan kompaun itu mengikut tarikh ditetapkan selain diminta memberikan penjelasan bertulis berhubung kebajikan warga kerja institusi berkenaan. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog