Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 8 Mac 2013

Hot !!! Di Sebabkan Anwar Ibrahim, Seorang Bekas General Jadi Pengkhianat Negara



Terkejut juga Pisau Kedah setelah membaca blog Kedah Ke KL menceritakan kisah seorang bekas orang tertinggi dalam angkatan tentera sanggup mengadaikan maruah diri hanya kerana kepentingan politik Anwar Ibrahim.

Lt Gen (B) AbduL Ghafir Abdul Hamid masuk PKR dan kini bersama Anwar dalam rangkaian ceramah akhir-akhir yang bunyinya terdesak.

Setelah lama bersara, dia menimbulkan isu bagaimana penyelewengan perlaku dalam pembelian peralatan pertahanan.

Katanya barang yang dibeli tak boleh guna, tak layak untuk kegunaan dan membawa risiko pada anggota keselamatan.

Kini dia kata kerajaan tak jaga kebajikan anggota. Kononnya bawah pemerintahan Pakatan, anggota keselamatan dan pertahanan akan lebih dijaga.

Wah ... begitu prihatin dan lantang dia kini berkenaan kebajikan anggota dalam ceramahnya.   
Ghafir yang penting diri, Hady Khattab yang korup, Imran yang emosi anak mati dan Najmi yang keluarga dan jiwa memang PAS bersaam pembelot dan pengkhianat negara 

Persoalannya adalah sebagai orang kedua dalam angkatan tentera, Ghafir bertanggungjawab dalam memberi dan menentukan spesikasi senjata dan perlatan yang mahu digunakan. Bersama dengan ketuanya, mereka adalah pihak yang menentukan senjata dan alat mana yang diperlukan. Mereka juga yang menguji alat dan senjata yang diberi oleh pembekal.

Kemudian barulah disampaikan kepada pihak pentadbiran MINDEF dan disampaikan kepada Kementeriaan Kewangan.  Pihak pentadbiran MINDEf dan MOF tidak boleh memandai menukar spesifikasi alat dan senjata.

Sebaik saja ianya dihantar, pihak Ghafir juga yang menentukan samada ianya memenuhi spefikasi yang diperlukan. Dia boleh menerima atau menolak alat dan senjata yang dihantar. Salah siapa sekarang?

Berkenaan kebajikan anggota pertahanan, sebagai ketua, dialah yang patut ambil tahu dan rancang hal kebajikan askar. Dia patut buat kertas kerja, bercakap dengan pihak berkuasa dan jika perlu, melobi dalam hal ini.


Kalau apa-apa berlaku yang mana Ghafir tak bersetuju dengan kerajaan, dia boleh menolak arahan yang diberikan padanya. Walaupun arahan pihak lebih tinggi perlu dipatuhi tanpa soal dalam military, ada satu cara untuk dia engkar iaitu dengan meletakkan jawatan.

Kenapa tak dilakukan ketika itu? Kenapa Ghafir terus berkhidmat jika pelbagai perkara yang kini baru dikatakan tak betul baru mahu didedahkan? Bukankah itu menunjukkan Ghafir tak bertanggungjawab dan bukan peduli sangat pun?

Malahan ramai pegawai dan bekas pegawai tentera berkata Ghafir tak perlukan kebajikan anggota pertahanan ketika itu. Dia hanya sibuk hal pangkat, status dan protokol, dan perkara yang dia patut dapat saja.
Ghafir dah lama baik dengan Awnar dari masa dia Menteri
Sebenarnya dia boleh lakukan sesuatu untuk kesemua askar kerana dia dah baik dengan Anwar Ibrahim masa dia Menteri Kewangan. Ghafir dah melabur dengan Anwar  dalam persediaan untuk lobi jadi orang nombor satu dalam angkatan tentera.

Dia boleh bisik-bisik dan mintak budget dari Anwar. Dia boleh bisik-bisik untuk lebihkan budget supaya senjata dan alat yang lebih canggih dan baik disediakan pada askar.  Malahan dia sering berbisik-bisik dengan Anwar dengan bertemu terus hingga melangkaui protokol dan tanpa kebenaran Menteri pertahanan ketika itu, Dato Najib. 

Dah disebut dia baik dengan Anwar Ibrahim, bolehkah Ghafir atau minta Anwar jawab kenapa Kementeriaan Kewangan ketika Ghafir dan Anwar bersahabat baik dalam kerajaan, memulakan negotiated contract?

Siapa ajar Anwar?    

Sebenarnya usahlah percaya Ghafir yang selfish ini. Dia kini dah pandai berbohong. Lihat bawah:


Sapa dalam tentera dan polis nak bagi maklumat pada dia???? Mereka dah anggapnya sebagai musuh dan bukan lagi kawan

Takpa teruskan agar puak-puak ini terus bermimpi kerana ramai menyedari anwar bertambah tersepit dan semua rancangannya dah back fire dan pendedahan yang dilakukan dah disedari rakyat sebagai pembohongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog