Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 5 Mac 2013

Info Terkini Lahad Datu : Pasukan Keselamatan Negara Mula Bertempur Dengan Saki Baki Rejim Sultan Sulu #Pray4Sabah



Selepas fasa pertama serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk di lakukan. Pihak Keselamatan Negara telah beralih ke fasa yang kedua iaitu dengan memantau kawasan serangan dengan menggunakan kapal terbang UAV di mana pesawat terbabit di terbangkan menggunakan kawalan jauh tanpa juru terbang.

Kini pasukan VAT69 bersama pasukan PGA di barisan utama dan di barisan kedua Angkatan Tentera Malaysia yang back up pasukan Keselamatan Negara mula merapati perkampungan yang di jadikan kubu Rejim Sultan Sulu setelah semalam Pihak Keselamatan Negara berjaya membawa keluar penduduk Kampung yang menjadi tawanan Rejim Sultan Sulu.

Kedengaran tembak menembak diantara pasukan Keselamatan Negara dengan saki baki Rejim Sultan Sulu yang masih tinggal.

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan Pasukan Keselamatan Negara yang sedang berjuang mempertahankan Kedaulatan Negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog