Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
Peringkat pertama serangan pihak PDRM dan ATM pagi tadi bermula dengan serangan Bom yang dilancarkan TUDM melalui jet pejuang.
Kini fasa kedua apabila UAV (Unmanned Air Vehicle) commonly knows as a drone digunakan bagi melihat kemusnahan lokasi musuh yang telah dibom bagi membuat susulan yang selanjutnya. Pesawat UAV ini merupakan pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang.
Apabila pantauan dibuat selesai oleh UAV, misi pasukan VAT 69 PDRM akan masuk menggempur musuh dan menghabiskan saki baki penceroboh. Manakala RMD akan membuat backup.
Kerjasama antara ATM dan PDRM ini setakat ini berjalan lancar dan memberikan impak yang cukup ketara dalam misi selamatkan negara.
Laporan kematian pihak musuh belum lagi diperolehi dan dijangkakan akan diketahui selepas selesai UAV membuat intipan.
Insyallah nantikan update seterusnya.
Sumber :- Kedah Ke KL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan