Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 5 Mac 2013

Info Lahad Datu : Serangan Menghapuskan Rejim Sultan Sulu Di Mulakan Oleh Pasukan Keselamatan Malaysia



Bermula awal pagi tadi Pasukan Keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan terhadap kawasan yang menjadi markas Rejim Sultan Sulu bagi menamatkan pencerobohon Lahad Datu setelah Rejim Sultan Sulu enggan menyerah diri.

Melalui media-media yang berada di kawasan berhampiran tempat pencerobohan berkenaan. Serangan dari jet pejuang mula kedengaran awal-awal pagi di Lahad Datu.

MARILAH KITA RAKYAT MALAYSIA MENDOAKAN KESELAMATAN PARA PERJUANG KITA YANG SANGGUP MEMPERTARUHKAN NYAWA DEMI MENDAULATKAN TANAH AIR YANG TERCINTA..

Di bawah ini merupakan kenyataan penuh Perdana Menteri Malaysia, YAB DS Najib Razak berkenaan operasi menyerang yang di lakukan pasukan keselamatan Malaysia.






KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu:

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari 2013, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.
Pihak polis sudah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah.

Pada hari Jumaat lalu, mereka melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh; sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Selepas serangan yang pertama, saya menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat.

Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog