Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 4 Mac 2013

Terkini !!! Angkatan Tentera Malaysia Mengambil Alih Misi Menentang Pencerobohan Rejim Sultan Sulu #Pray4Sabah



Dari maklumat yang Pisau Kedah perolehi, misi mempertahankan Lahad Datu yang telah di ceroboh rejim Sulu dari Filipina kini telah beralih tugas apabila Angkatan Tentera Malaysia kini di pertanggunjawapkan sepenuhnya menentang pihak penceroboh yang enggan menurut perintah supaya serah diri tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Menurut sumber yang di perolehi di katakan Angkatan Tentera Malaysia telah mengambil alih berkuatkuasa pada pukul 1 lebih pagi tadi bagi menamatkan pencerobohan yang telah meragut 8 nyawa pihak berkuasa Malaysia.

Sekiranya benar maklumat yang di perolehi, ini bererti Angkatan Tentera Malaysia sedang berhadapan dengan musuh peperangan dan bukan lagi penjenayah yang boleh di dakwa mengikut mahkamah awam Malaysia.

Kita doakan semoga Allah S.W.T melindungi kesemua perjuang negara yang mempertahankan kedaulatan Tanah Air Malaysia.

Bagi anggota pihak berkuasa Malaysia yang terkorban dalam tragedi pencerobohan Lahad Datu dan Semporna . Marilah kita rakyat Malaysia yang beragama Islam tanpa mengira pandangan politik sentiasa sedekahkan Al-Fatihah kepada para perjuang yang gugur di medan perjuangan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog