Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 8 Mac 2013

Info Lahad Datu : Ibu Perjuang Negara Terkilan Dengan Sikap Pakatan Haram #Pray4Sabah



Seorang Ibu kepada wira Negara yang sedang berjuang di Lahad Datu terkilan dengan sikap Pakatan Haram yang cuba mempolitikkan isu terbabit bagi meraih keuntungan undi di PRU13 ini.
SEREMBAN – “Pasukan keselamatan kita berjuang habis-habisan di Lahad Datu, tapi pembangkang sesuka hati bercakap tanpa memikirkan perasaan kami sebagai ahli keluarga,” demikian luahan hati Barmah Saat, 70, ibu kepada salah seorang anggota keselamatan yang diarahkan bertugas di Lahad Datu, Sabah dalam Op Daulat.

Anak kedua Barmah, Korporal Azman Mohd Sharif, 46, merupakan anggota polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Bukit Beruang, Melaka dan diarah ke Lahad Datu Selasa lalu.

Menurutnya, dia benar-benar terkilan dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua dan menganggap pemimpin pembangkang itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan nyawa anggota pasukan keselamatan.

“Pembangkang boleh cakap sesuka hati kerana bukan ahli keluarga mereka yang dihantar bertugas mempertahankan keselamatan.

“Tapi saya sebagai ibu tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan resah saya setiap hari memikirkan keselamatan anak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Taman Tuanku Jaafar, semalam.

Barmah berkata, kali terakhir dia bercakap dengan anaknya Isnin lalu selepas dia menghubungi memberitahu bertugas di Lahad Datu.

Katanya, sejak itu dia hanya mengetahui perkembangan terkini Azman menerusi isterinya yang akan dihubungi setiap hari.

“Saya tidak mahu mengganggu tumpuan dia kerana dia perlu bertugas di sana. Tapi saya sempat nasihatkan dia untuk menjaga diri dan sentiasa membaca ayat al-Quran.

“Setiap hari saya tidak lupa mendoakan keselamatannya di sana begitu juga kepada pejuang lain dengan harapan semuanya dapat pulang dengan selamat,” katanya.

Menurutnya, selain Azman, anak kelimanya juga bertugas sebagai anggota polis yang mengikut jejak langkah arwah suaminya, Mohd Sharif Hasan, seorang Komando.

Manakala kakak Azman, Azlina, 47, berkata, walaupun bimbang memikirkan keselamatan adiknya itu, tapi dia tetap berbangga kerana adiknya pergi berjuang untuk negara.

Katanya, walaupun tahu bidang kerja Azman sentiasa berhadapan dengan situasi bahaya dan di luar jangka sejak berkhidmat dengan pasukan polis 25 tahun lalu, namun pemergiannya kali ini amat dibimbangi.

“Kami ahli keluarga tahu bidang tugas dia. Tapi memikirkan keadaan di Lahad Datu yang berisiko ketika ini, ia sememangnya menguji kami.

“Setiap hari saya tidak akan tinggal untuk menonton berita atau apa sahaja perkembangan terkini tentang keadaan di Lahad Datu kerana adik saya di sana,” katanya.

Azlina berkata, dia sedih apabila isu Lahad Datu dijadikan bahan politik sedangkan anggota keselamatan sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan maruah negara.

“Hentilah bercakap yang bukan-bukan mengenai isu Lahad Datu ini kerana paling penting sekarang kita berdoa untuk keselamatan para pejuang di sana,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog