Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 8 Mac 2013

Info Lahad Datu : Lapan Rejim Lanun Sulu Di Tahan Bersama Barua Mat BOM #Pray4Sabah



Lahad Datu: Lapan lelaki termasuk seorang warga emas dikenali sebagai Mat Bom bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.
Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.

“Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini.
Foto
ANGGOTA keselamatan memeriksa penunggang motosikal yang menuju ke Tanjung Labian, semalam.

“Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog