Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 24 Februari 2014

Hot !!! Presiden PAS @abdulhadiawang Di Arah Bayar RM 2 Juta Kerana Memfitnah


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan semalam, selepas Abdul hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan terhadapnya pada 5 Disember lalu.

Memetik laporan akhbar tempatan, peguam palintif, A Vasudevan berkata, mahkamah juga turut memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu membayar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi itu dari tarikh writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebnayak RM1, 500.

"Abdul Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes disebut di mahkamah dan mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu," katanya.

Pada Disember tahun lalu, media melaporkan Mohd Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dungun telah memfailkan saman terhadap Abdul Hadi bagi membersihkan namanya susulan dikaitkan dengan pil kuda pada ceramah PRU13, lalu. -SH-

6 ulasan:

Kemrimbatamu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kemrimbatamu berkata...

Elok juga Mr Presiden baca AKTA RASUAH dan
Buat kajian 1NDB

Tanpa Nama berkata...

Satu Malaysia Dah Baca

Zaki Talib berkata...

Bukan kah orang Islam tak boleh memfitnah?

Tanpa Nama berkata...

Astro Awani ☰

BERITA | MALAYSIA
Mahkamah tolak saman fitnah RM2 juta calon PKR terhadap Presiden PAS
Astro Awani | Published Disember 15, 2014 16:23 MYT
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah RM2 juta difailkan Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -Gambar fail
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah RM2 juta difailkan Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -Gambar fail

KUALA TERENGGANU: : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu.

Peguam yang mewakili Abdul Hadi, Asmuni Awi berkata kepada pemberita, mahkamah menolak saman itu kerana Abdul Hadi selaku defendan diberikan perlindungan bersyarat oleh undang-undang dalam memberikan ucapan ataupun kenyataan atas kepentingan umum.

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

"Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa kata-kata itu tidak merujuk kepada pihak plaintif ... pihak plaintif gagal membuktikan bahawa apa yang disebutkan itu memang sebenarnya merujuk kepada plaintif," katanya.

Mohd Shamsul selaku plaintif diwakili peguam A.Vasudevan hadir manakala Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Kira-kira 100 penyokong Abdul Hadi memenuhi bilik mahkamah hinggakan ada yang terpaksa duduk bersila atas lantai manakala kira-kira 100 lagi penyokongnya berada di pekarangan mahkamah.

Pada 23 Feb lepas, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Dis tahun lalu.

Pada 27 Feb lepas, Abdul Hadi memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

MawiComputerServices berkata...

Cerita dah basi.ambik link recycle balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog