Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 2 Jun 2014

MELAMPAU !!! Anggota @PDRMsia Di Hina Dengan Gelaran ANJING Walaupun Melakukan Kebaikkan




Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 20-an yang didakwa menghina dan memperlekehkan tindakan sekumpulan anggota polis trafik membersihkan serpihan kaca menerusi laman sosial miliknya akan dipanggil bagi diambil keterangan.

Ia berikutan tindakan lelaki berkenaan memuat naik entri dalam Facebook (FB) miliknya kelmarin yang didakwa menggelar anggota berkenaan sebagai anjing kerana menyapu kaca bertaburan di Jalan Skudai di sini.

Lelaki berkenaan turut didakwa memuatkan gambar anggota berkenaan ketika menjalankan tugas.

Perbuatan lelaki itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ramai terutama keluarga anggota terbabit yang berkongsi luahannya bersama pengguna FB lain.


Seorang wanita dipercayai isteri kepada seorang anggota trafik terbabit menyatakan suaminya bertugas dengan ikhlas bertujuan melancarkan pergerakan lalu lintas.

Pisau Kedah :-

Terlalu berat amanah yang dipertanggungjawabkan keatas anggota keselamatan seperti Polis, Tentera,Bomba dan beberapa lagi badan berunifom untuk menjamin kesejahteraan rakyat, sentiasa memastikan orang awam dapat hidup dalam suasana tenteram walaupun ada anggota keselamatan terpaksa berkorban masa dan kebahagian diri sendiri dan keluarga.

Tergamak sungguh segelintir rakyat yang langsung tidak menghargai jasa anggota keselamatan sanggup menggelar ANJING kepada anggota keselamatan.

Anggota Keselamatan yang sanggup mengetepikan masa dan kebahagian diri sendiri dan keluarga tidak minta diberikan berjuta-juta ringgit untuk membalas budi mereka. Sebaliknya Pisau Kedah yakin kebanyakan anggota keselamatan yang banyak berkorban untuk memastikan rakyat dapat hidup dalam tenteram hanya mengharap rakyat memberi sokongan moral untuk mereka menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan. Ucapan Terima Kasih sudah cukup memadai bagi mereka.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PDRM tetap terbaik. Tapi jangan lupa, ada kawan anjing dalam PDRM yang suka makan rasuah!

Tanpa Nama berkata...

Di sebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi tak perlu la menghukum kesemuanya walaupun segelintir yang membuat kerja terkutuk.

Kita pun akan merasa marah sekiranya orang di sekeliling kita menghina keluarga kita hanya disebabkan ada seorang sahaja dalam keluarga kita yang jahat.

Tanpa Nama berkata...

Anon 1:13... mungkin mak bapak kau makan rasuah.. cuba tanya dia... kau pun membesar dgn duit rasuah... babi btul...

Tanpa Nama berkata...

yeezy shoes
golden goose sneakers
off white outlet
kevin durant shoes
moncler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...