Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 31 Mac 2013

Gambar Hot !!! Ceramah Cikgu Non Di Boikot Penduduk Pokok Sena




Macam tak percaya pulak Pisau Kedah apabila melihat kehadiran 50 orang saja mendengar ceramah perdana Selamatkan Kedah yang telah di sampaikan Cikgu Non di pokok Sena ( Tempat Mahpuz Bean ).

Kalau puak PAS tak percaya cuba tengok gambar di bawah ni.



Puak PAS Kedah patut berterima kasih kepada Cikgu Non sebab Cikgu Non membantu Mahpuz Bean berkempen di tempatnya sehingga membuatkan penduduk Pokok Sena tidak berganjak walau seinci pun ketika Cikgu Non mendedahkan kebaikkan PAS dan kebaikkan Mahpuz Omar yang berotak taraf budak PASTI.




Untuk pengetahuan semua. Pisau Kedah terpaksa mengatakan kehadiran yang mendengar ceramah Cikgu Non hanya 50 orang walau hakikatnya lebih dari seribu orang yang hadir kerana kalau Pisau Kedah bagi tau perkara yang betul, puak PAS tidak akan percaya sebab puak PAS lebih suka mempercayai cerita-cerita yang tidak betul.

Nantikan video-video ceramah yang akan Pisau Kedah muat naik ke laman you tube milik Pisau Kedah




Video Gempar !!! Kisah Sebenar Di Sebalik Tragedi Bedarah Memali







Kalau mengikut peristiwa Memali ni, polis ke kampung berkenaan, untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya yang dipercayai telah 'terpesong dalam ajaran Islam'. Tapi mereka dihalang, malah dihalau dengan keras.

Bila kerja polis dihalang, malah penduduk kampung bertindak keras, hingga menyebabkan pertembungan. Bagi Mc polis hanya menjaga kerja keamanan. Jika benar Ibrahim Libya seorang pemimpin yang baik, dia takkan biarkan anak kecil dan wanita menjadi perisai barisan hadapan.

Kalau mengikut cerita puak Pas, polis memulakan serangan tanpa amaran. Tapi kalau anda lihat video diatas, polis telah pun memberikan amaran sebelum merempuh masuk. Polis terpaksa bertindak keras kerana terdapat pegawai polis yang tercedera dan meninggal dunia.

Kalau peristiwa di Lahad Datu, negara kita diceroboh, peristiwa Memali pula ianya didalangi kumpulan ajaran Islam yang telah terpesong. Malah kedua-dua peristiwa ini ada kaitan dengan pemimpin pembangkang yang menjadi dalangnya.

Puak Pas kata, mereka pejuang Memali menentang polis itu syahid, sama seperti penceroboh Sulu yang menentang anggota polis kita. Apakah benar mereka syahid? Puak Sulu tu pun mengaku Jihad dan Syahid. Mengamalkan ajaran sesat dan menceroboh negara orang adalah syahid?

Macam mana dengan anggota polis kita yang terkorban mempertahankan negara? Bukankah kalau kita berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara, itu jihad yang sebenar. Malah jika kita mati semasa berjuang, itu baru benar-benar syahid. Apa pun ini hanya pendapat Mc. Dosa dan pahala kerja tuhan, kita tak mampu buat keputusan.

Kita manusia cuma mampu berfikir dan melakukan tindakan yang terbaik. Fikirlah elok-elok, selama ini, siapa yang selalu menganggu gugat keamanan negara dan gembira apabila negara kacau-bilau. Apakah orang macam tu yang kita nak angkat jadi Kerajaan?

Memilih pemimpin bukan perkara mudah, kerana jikalau kita salah dan pejudikan nasib. Negara kita bakal ditimpa bencana. Mahukah pembaca melihat negara yang bakal diwarisi oleh anak-anak kita kacau bilau?

Buatlah keputusan yang tepat, pilih jalan keamanan.

Sabtu, 30 Mac 2013

Hot !!! Info Kejayaan Kerajaan Malaysia Yang Tidak Akan Tercatat Dalam Harakah #GE13




Kajiselidik menunjukkan Malaysia telah mencapai sasaran mengurangkan kadar kemiskinan sebelum tempoh sasaran 2015.

Ini telah membuktikan Kerajaan Malaysia pentadbiran BN komitment di dalam mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera, Cina dan kaum India. Ianya ternyata berkesan apabila sudah tercapai sasaran sebelum tempoh yang di tetapkan.

Pisau Kedah ucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana mencapai sasaran Rancangan Malaysia ke-10 dalam masa 3 tahun lebih awal.

Sejak tahun 2009 sehingga 2012, kadar pendapatan isi rumah 3 kaum utama telah meningkat tahun demi tahun. Ini bukan satu retorik atau satu omong kosong dari Kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia membuktikan bahawa Kerajaan serius membangunkan sosioekonomi negara melalui transformasi yang di bawa oleh YAB DS Najib Razak



Gempar !!! Ketua Bahagian UMNO Di Kedah Kena Sound Dengan Penyokong UMNO


Tentunya puak-puak PAS Kedah yang cukup anti kepada Cikgu Non akan merasa gembira apabila Pisau Kedah bagi tahu yang ceramah Cikgu Non di Pokok Sena hanya mampu menarik 50 orang saja yang datang.

Pisau Kedah kata 50 orang sahaja yang hadir tu bukannya apa. Pisau Kedah tidak mahu la puak PAS dok kata Pisau Kedah ni kaki tipu apabila mengatakan lebih dari seribu orang yang hadir ke program ceramah Cikgu Non walaupun hakikatnya lebih dari seribu orang datang menyaksikannya.


Pastinya lepas ni Mahfuz Omar, Ahli Parlimen yang berfikiran taraf budak PASti akan tersenyum lebar untuk berkempen di Pokok Sena kerana Cikgu Non telah menolong Mahfuz Omar berkempen di kawasannya dengan pendedahan keburukkan yang di lakukannya.



Sebarkan !!! Niat Jahat Pakatan Haram Untuk Kalahkan BN



Taktik terbaru PR yg sdg rancangkan...

Kurang seminggu dari hari mengundi, dengan menggunakan nama-nama NGO, PR akan mula masuk ke taman-taman perumahan dan kampong-kampong untuk KONON nak ajar kaum-kaum ibu cara baru mencalit dakwat di jari.

Ingat bahawa dakwat akan cuma hilang dalam masa 7 hari. Bila tiba hari mengundi kelak, golongan ini akan dihalang dari mengundi kerana sudah ada kesan dakwat.

Kalau dibenarkan juga, pihak PR akan kecohkan keadaan di pusat pembuangan undi. Jika mereka kalah, ianya akan digunakan sebagai alasan untuk memberontak dan mempertikaikan keputusan pilihanraya secara besar-besaran hingga tercetus rusuhan untuk jatuhkan kerajaan yang mendapat mandat rakyat secara haram.

HARUS INGAT, PAKATAN RAKYAT TIDAK MENANDATANGANI PIAGAM PILIHANRAYA UNTUK BERIKRAR MENJALANKAN PILIHANRAYA SECARA BERSIH DAN IKUT UNDANG-UNDANG SERTA PERATURAN.

Mereka akan laukan apa-apa demi mendapat kuasa. Jangan bagi mereka calit jari-jari sebelum hari mengundi. Jika ADA, laporkan pada polis dengan segera.

Sebarkan pada semua ketua PDM utk tindakan..

Gempar !!! PAS Kedah Guna Teknik Saman Untuk Menghalang @tankengliang Mendedahkan Rahsia Pakatan haram Kedah #SaveKedah



Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang tidak gentar dengan ancaman untuk disaman oleh Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (Seri Temin) berikutan isu kegagalan kerajaan Pas Kedah menyiapkan rumah kos rendah dan mampu milik Projek Bandar Sejahtera Pokok Sena.

Keng Liang berkata, pihaknya mendapat tahu mengenai saman tersebut melalui berita yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini.

"Apa yang mereka buat adalah percubaan untuk mendiamkan Pemuda Gerakan Kedah, jadi kami ingin tegaskan bahawa saya ada tanggungjawab untuk bercakap mengenai isu-isu rakyat di Kedah.

"Apa yang tidak betul saya akan kata. Ini adalah satu pembunuhan politik yang mereka cuba kenakan kepada saya, mereka nak buat imej saya seperti tidak boleh dipercayai," katanya kepada pemberita di sini.

Keng Liang menegaskan, beliau tidak takut dengan ancaman saman itu sebaliknya sentiasa bersedia untuk bertemu di mahkamah.

Mengulas lanjut, katanya, rakyat negeri ini harus mengambil iktibar dengan perkara tersebut kerana walaupun pakatan pembangkang menghebahkan mereka adalah sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi dan rakyat mempunyai hak untuk bersuara, namun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

"Bila ada pihak persoalkan mereka, mereka terus guna taktik untuk mendiamkan pihak tersebut sama ada saman atau dikenakan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Sebenarnya mereka ini yang pantang dikritik dan saya harap rakyat buat satu keputusan yang tepat untuk memilih pemimpin dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti," jelasnya.

Keng Liang dalam sidang akhbar 6 Jun 2012 mendedahkan janji pakatan pembangkang dalam Buku Jingga untuk menyediakan rumah mampu milik hanya tinggal janji apabila kerajaan Pas Kedah didapati gagal menyiapkan projek perumahan kos rendah di bandar raya ini.

Ini kerana dakwanya, projek perumahan bercampur berasaskan rumah mampu milik di Pokok Sena bernilai RM230 juta masih gagal disiapkan sekali gus menganiaya para pembeli.

Projek yang dinamakan Bandar Sejahtera Pokok Sena oleh Seri Temin iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) itu telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Januari 2010. - UTUSAN

Panas !!! Isu Lahad Datu Mufti Kedah Kena Beli Dengan UMNO ??? #SaveKedah



Pisau Kedah tertanya-tanya apakah selepas ini Mufti Kedah, Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad akan di kecam puak-puak PAS setelah kenyataan beliau dalam Tazkirah yang di lakukan di Majlis Istighazah Al-Kubra yang berlangsung di Masjid An-Naim, Markas 6 Briged Kem Lapangan Terbang Sungai Petani bertentangan dengan fatwa yang di keluarkan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Harun Taib.

Program anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Markas 6 Briged itu dihadiri kira-kira 1,500 orang anggota tentera, polis dan awam termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Dalam Tazkirah yang di sampaikan Mufti Kedah, beliau mengatakan " Dalam kes ini ( Pencerobohan Lahad Datu ) tidak kira penyerang penganut Islam atau kafir, anggota keselamatan yang terbunuh tetap Syahid Akhirat ".

" Golongan yang menolak perpaduan dan enggan bersatu atas nama Islam dianggap kufur dan mereka pasti menerima azab Allah S.W.T kelak" kata Mufti Kedah lagi.

Kenyataan Mufti Kedah berkenaan anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam petempuran di Lahad Datu adalah "Syahid Akhirat", ianya bertentangan dengan fatwa yang di keluarkan PAS apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Harun Taib mengatakan didalam sidang media Majlis Makan Malam Dana Pilihanraya di Kuala Terangganu baru-baru ini bahawa anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu sebagai "Syahid Dunia".



Semua kita tahu bahawa puak-puak PAS apabila sesuatu kenyataan yang di buat oleh Mufti bertentangan dengan pendirian mereka pastinya mereka akan mengatakan Mufti berkenaan telah di beli UMNO sepertimana yang berlaku terhadap Mufti Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria.

Bagi puak-puak PAS, apa-apa pun kenyataan yang di keluarkan oleh pemimpin mereka adalah berlandaskan Islam yang sebenar. Manakala kenyataan dari pihak luar yang bertentangan dengan pemimpin mereka walaupun kenyataan dari pihak yang tidak ada kepentingan politik pastinya akan di tuduh kena beli dengan UMNO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...