Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 7 Oktober 2013

Gelar ROS Dan Utusan Sebagai Anjing, Tony Pua Bakal Di Dakwa Mengikut Akta Jenayah Atau Akta Hasutan


Polis akan meneliti laporan yang dibuat lima badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bagi menentukan sama ada kes itu perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pihaknya akan melihat laporan NGO berkenaan yang mendakwa Pua menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'Anjing Umno'.


"Selepas meneliti laporan itu, baru kita akan membuat keputusan sama ada Tony Pua perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat lepas yang mendakwa Tony mengeluarkan kenyataan itu di akaun Facebooknya pada 29 September selepas keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selesai.

Hari ini, Sekreteriat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Pertubuhan Gerakan Bersatu 69 (PGB69) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap Tony. - Bernama


Panas !!! Anak si Anwar @n_izzah Tunjuk Kebodohannya Dengan Mempertikai Klinik 1 Malaysia #KedahAmanMakmur


Apa.. Klinik 1 Malaysia hanya layak bertaraf  dunia ketiga di sebabkan hanya ada Pembantu Pegawai Perubatan ??

Apa la kebengap sangat anak Anwar ni apabila membuat dakwaan tersebut tanpa membuat kajian terlebih dahulu mengapa klinik 1 Malaysia di wujudkan.

Sebenarnya Klinik 1 Malaysia di wujudkan adalah memudahkan rakyat mendapat rawatan sekiranya mengalami sakit ringan sahaja dengan hanya dikenakan bayaran semahal RM1.

Kalau si anak Anwar nak tahu.. caj semahal RM1 yang dikenakan kepada pesakit ianya merangkumi kos ubat-ubatan dan caj perkhidmatan Pembantu Pegawai Perubatan. 

Pastinya caj yang sebegitu tidak akan dapat di nikmati dimana-mana negara mahu pun di negara dunia ketiga.

Seperti yang Pisau Kedah katakan diatas... Klinik 1Malaysia hanya mengendali kes-kes sakit ringan sahaja supaya ianya memudahkan rakyat yang mengalami sakit ringan mendapat rawatan awal dari Pembantu Pegawai Perubatan yang bertauliah.

Lagi pun hendak menjadi Pembantu Perubatan di Malaysia ianya bukannya semudah yang di sangka-sangka .. Pembantu Perubatan di Malaysia bukannya di kutip di tepi-tepi jalan untuk melaksanakan tugas. Pembantu Perubatan yang berkerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mempunyai kelulusan dalam latihan perubatan selama 3 tahun dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.



Pisau Kedah yang selalu mendapat rawatan sakit ringan di Klinik 1 Malaysia tidak pernah mengalami sebarang masalah walau pun hanya berjumpa dengan Pembantu Perubatan.. Sekiranya Pisau Kedah mengalami sakit yang agak berat sedikit, barulah Pisau Kedah akan ke Klinik Kesihatan atau Hospital untuk berjumpa Pegawai Perubatan.

Lagi pun dengan wujudnya Klinik 1 Malaysia ianya tidaklah menyebabkan Klinik Kesihatan atau Hospital sesak dengan pesakit ringan yang hendak menerima rawatan malahan ianya mempercepatkan tempoh menunggu pesakit.

Mungkin si anak Anwar tidak pernah mendapat rawatan di Klinik 1 Malaysia sebab tu dia memperlekehkan perkhidmatan di Klinik 1 Malaysia. Bagi kami rakyat dibawah merasa bersyukur dengan kemudahan yang diberikan kerajaan Malaysia.



Ahad, 6 Oktober 2013

Hot !!! Anwar Lakukan "Transformasi" Untuk Menutup Aib Dirinya.



Anwar oiii... Dah tua tu buat la cara dah tua.. Tak payah la nak buat "transformasi" muka tu.. Hodoh piang Anwar oiii... !!!

Nak tergelak Pisau Kedah tengok muka terbaru Anwar.. Dah macam bunga kembang tak sudah.


Gambar atas ni merupakan gambar terbaru Anwar setelah di "transformasi" dengan menyucuk botox..

Mungkin bagi Anwar dengan penampilan wajah baru ini segala keburukkan yang di lakukannya ketika berwajah lama akan terhapus kot ?.

Atau pun dengan penampilan wajah baru.. Anwar merasakan dia mampu mendampingi jantan-jantan jambu dan china doll dengan mudah kot ?

Dah tua, tua ni bawa bertaubat la Anwar oiii.. !!!


Panas !!! @MukhrizMahathir Sahut Cadangan Musa Hitam Untuk Berbahas Dalam Forum #BeraniBerubah #MM4VP


MELAKA, 6 Okt (Bernama) -- Calon naib presiden Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyambut baik cadangan bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa
Hitam supaya semua calon naib presiden ditampilkan serentak menerusi televisyen untuk membahaskan idea mereka.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata sekiranya ibu pejabat Umno bersetuju forum seumpama itu diadakan, beliau sedia menyertainya. Beliau berkata ia boleh memberi ruang kepada calon
untuk berkongsi fikiran masing-masing dalam memberi sumbangan kepada parti serta memberi peluang kepada perwakilan untuk membuat pilihan yang tepat.

"Kalau difikirkan bahawa satu forum melibatkan keenam-enam calon wajar diadakan, maka saya bersedia menyertainya," katanya kepada pemberita
selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, malam tadi.

Selain Mukhriz, lima lagi calon naib presiden terdiri tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mukhriz berkata jawatan naib presiden merupakan jawatan kanan di dalam parti dan perwakilan pasti berminat mengetahui pandangan setiap calon dalam pelbagai isu.

Mengenai peluang pada pemilihan Umno, Mukhriz berkata beliau mendapat maklum balas yang positif.

Bagaimanapun Mukhriz berkata beliau terpaksa mengurangkan masa berkempen bagi pemilihan Umno 19 Okt ini bagi memberi tumpuan terhadap pilihan raya
kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Kedah yang bakal diadakan 4 Nov ini.

Sebagai contoh, katanya beliau hanya dapat menyertai sesi pengenalan calon di Negeri Sembilan pada 8 Okt ini dan tidak dapat hadir dalam sesi di Melaka dan Johor pada hari sama kerana perlu berada di Sungai Limau. -- BERNAMA


Info !!! Hebahan Ayam Utara Tidak Boleh Di Makan Hanyalah "Palsu"



Baru-baru ni heboh dalam laman media maya mengatakan Pejabat Kesihatan Parit Buntar telah mengeluarkan hebahan kepada orang awam supaya tidak memakan ayam yang datang dari kawasan utara semenanjung kerana ianya dipercayai dicemari dengan Bakteria Salmonella..

Namun pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kerian menafikan akan hebahan tersebut telah dilakukan Pejabat Kesihatan dalam daerah tersebut.

PARIT BUNTAR - Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, semalam menafikan sebarang usaha mengeluarkan hebahan awam meminta orang ramai tidak memakan ayam dari kawasan utara semenanjung sebagaimana disebarkan secara meluas melalui SMS dan laman sosial sejak seminggu lalu.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kerian berkata, dakwaan kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan bersumberkan Pejabat Kesihatan Parit Buntar (dalam daerah Kerian) itu adalah tidak tepat dan pihaknya meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah Kerian tidak pernah mengendalikan sebarang uji kaji melibatkan daging ayam yang diimport dari Thailand sebagaimana didakwa dalam hebahan itu.

“Selain itu, pihak kami turut menegaskan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang hebahan awam tanpa kebenaran Jabatan Kesihatan Negeri Perak atau Kementerian Kesihatan sendiri.

“Berdasarkan maklumat diterima, hanya Jabatan Kesihatan Negeri Kedah difahamkan melakukan eksperimen dan uji kaji terhadap bekalan ayam di negeri itu bagi tujuan mengenal pasti kewujudan bakteria salmonella dan hasil keputusannya masih belum diperoleh lagi.

“Justeru, pihak kami meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan penyebaran maklumat palsu itu melalui laman sosial memandangkan kami bimbang ianya akan menimbulkan kesulitan terhadap banyak pihak,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Semalam, Sinar Harian mengenal pasti terdapat usaha pihak tertentu menyebarkan maklumat palsu mengenai larangan memakan ayam dari utara Semenanjung Malaysia oleh Kementerian Kesihatan kerana disyaki terdapat virus pada ayam diimport dari Thailand.

Hebahan yang disebarkan secara meluas menggunakan pelbagai laman sosial itu mendakwa virus yang terdapat pada ayam diimport itu boleh menyebabkan kematian jika pesakit lambat mendapatkan rawatan.

Selain itu, hebahan itu turut mendakwa beberapa sekolah di sekitar Kedah dan Pulau Pinang mengalami simptom virus itu dan menyebabkan sebilangan pelajar dimasukkan ke dalam hospital.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Shamsuddin Ahmad ketika dihubungi menegaskan pihaknya akan menyiasat isu ini dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.- Sinar Harian

Padan Muka !!! Wartawan Malaysiakini Kena Sound Dengan @Zahid_Hamidi


MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat meluahkan perasaan geramnya terhadap Malaysiakini apabila menegur wartawan portal berita berkenaan secara berdepan dalam satu sesi temu bual yang turut melibatkan wartawan daripada media lain.

Berdasarkan rungutan yang diluahkan Zahid berkali-kali, beliau nyata tidak berpuas hati dengan Malaysiakini kerana didakwa sentiasa spin atau melaporkan berita tidak tepat tentang beliau dan KDN.

Keadaan tegang, boleh dikatakan bermula selepas wartawan Malaysiakini bertanyakan sesuatu melibatkan angka padanya.

Saat itu, Zahid bertanya wartawan tersebut dari mana dan apabila mengetahui dari Malaysiakini beliau berkata, “Patutlah tanya pelik-pelik. Tanya kos apa semua… nanti you spin. Rm3 jadi RM30. Jangan spin ma.. tulis betul-betul. You bagus, you punya bosses tak bagus.”

Amaran Zahid tidak berakhir di situ apabila beliau kelihatan agak terganggu dengan wartawan portal berkenaan yang tidak berputus asa mahu bertanyakan soalan meskipun beliau sudah memberitahu tidak akan melayan sebarang soalan daripada Malaysiakini.

Sampai satu peringkat beliau berkata, “Macam mana Malaysiakini boleh dijemput ni? Saya tak nak jawab soalan. Selalu spin saya punya cerita. Recorded tapi tulis lain.”

Menjawab soalan berkaitan laporan audit, Zahid menyatakan kehilangan 1.3 juta senjata di bawah PDRM bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewengan dan unsur-unsur rasuah. Sebaiknya kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan termasuk melibatkan pihak lain seperti awam dan syarikat kawalan keselamatan.

Sebelum dan selepas kenyataan berkaitan audit ini diterangkan pun, Zahid masih berkali-kali menitipkan pesan supaya kenyataannya itu ditulis dengan betul oleh Malaysiakini.

“You boleh tulis saya tak percaya Malaysiakini langsung. Tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN. Malulah datang.

“You tulis betul, you punya editor tak betul. Saya tak percaya langsung Malaysiakini, saya cakap banyak kali,” kata Zahid yang kelihatan marah tapi terkawal.

Malah sebaik usai sesi temubual, Zahid menuju ke arah wartawan portal berita berkenaan. Beliau menolak untuk bersalam sebaliknya menepuk bahunya.

“Tulis betul-betul, jangan main-main sama saya.. i monitor,” tegas Zahid kepada wartawan Malaysiakini sebelum beredar. – MyNewsHub

Biaq Betul !!! Penduduk Sungai Limau Menerima UMNO Di Sebabkan @MukhrizMahathir #PrkSgLimau #KedahAmanMakmur

YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir bersama
penduduk Sungai Limau baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau di Kedah pada 4 Nov ini merupakan cabaran besar kepadanya selaku menteri besar yang baharu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata, jentera pilihan raya BN pasti akan berdepan tentangan sengit memandangkan Dun Sungai Limau merupakan kubu kuat Pas.

Beliau berkata BN yang kini mentadbir Kedah ingin membawa pembangunan pesat ke Kedah dan semua itu mudah dilaksanakan sekiranya semua kawasan termasuk DUNSungai Limau berada di bawah BN.

"Gandingan antara dua ini (kerajaan pusat dan negeri) diharapkan membawapembangunan dan kemajuan bagi negeri Kedah," katanya ketika ditemui pemberitaselepas sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan peringkat tertinggi Umno diStadium Indera Mulia di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai ciri yang perlu ada pada calon BN untuk merampas kerusi itu, Mukhriz berkata antara faktor penting dalam pilihan raya sama ada kecil atau umum ialah apa yang calon dan BN telah lakukan selama ini.

Klik Sini untuk membaca selanjutnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...