Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 29 Mac 2013

Hot !!! Blogger PAS Kedah Dedahkan Kerajaan Negeri Kedah Anjurkan Program Pemuda BN #SaveKedah



Memfitnah seperti artikel di atas ni ni memang makanan harian blogger PAS Kedah yang telah di ternak oleh Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Zulkifli Yahya ( Zul Ya ) merangkap Timbalan YDP PAS Alor Setar . 

Akibat bimbangkan kesan yang di terima PAS Kedah akibat tindakan Pemuda BN Kedah yang terdiri dari Ketua Pemuda parti komponen BN mengadakan program pendedahan kelemahan pentadbiran Pakatan Haram di Kedah dalam " Rali Selamatkan Kedah" , blogger PAS Kedah yang di ternak Zul Ya mula memfitnah program berkenaan yang turut menampilkan pemimpin UMNO yang kini semakin mendapat sokongan anak muda Kedah, Dato' Mukhriz Tun Mahathir.

Steady gila... apabila seorang Timbalan Menteri, anak kepada Negarawan Negara, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir boleh berucap di atas pentas belakang lori Padi yang disewa khas oleh Pemuda BN Kedah untuk menjelajah ke setiap pelusuk Kedah untuk mendedahkan kelemahan pentadbiran Pakatan Haram di Kedah.

Ye la.. Nak buat macam mana BN ni tak ada banyak duit untuk di gunakan kepada parti walaupun duit dalam Kerajaan Malaysia yang di tadbir BN agak banyak sehinggakan boleh beli berpuluh-puluh lori traller macam PAS, boleh beli beratus bas-bas mewah macam PKR untuk berkempen.

Berbalik kepada cerita... Dalam fitnah yang di lemparkan blogger belaan Zul Ya yang mengakui hanya menerima maklumat dari pihak lain . " Program berkenaan hanya di hadiri tidak sampai 200 orang sahaja ".

Ok lah.. Pisau Kedah nak tunjuk satu persatu gambar yang di katakan tidak sampai 200 orang itu. 


Gambar di atas ni merupakan gambar yang di tangkap depan pentas utama.


Gambaran di sebelah kanan pentas ( Kawasan parking kereta MYDIN ).

Kalau di lihat dari 2 gambar di atas yang di ambil di depan pentas utama dan sebelah kanan pentas sahaja cukup membuktikan kehadiran lebih dari 300 orang berbanding kehadiran tidak sampai 100 orang ke program ceramah PAS yang di buat tidak sampai 100 meter dari tempat "Rali Selamatkan Kedah" anjuran Pemuda BN Kedah.

Kalau hampa baca betul-betul dalam artikel yang di tulis blogger ternakan Zul Ya, dia mengatakan program berkenaan telah di anjurkan Negeri... Ini bermakna Kerajaan Negeri yang anjurkan program " Rali Selamatkan Kedah".

Pehh..memang nampak sah-sah ianya satu fitnah apabila mengatakan Kerajaan Negeri pentadbiran Pakatan Haram menganjurkan program Pemuda BN Kedah


Mungkin semasa Ustaz Fadhil Hanfi memimpin doa dalam program " Rali Selamatkan Kedah " inilah  yang di katakan blogger PAS Kedah sebagai caci maki bagi mereka. Apa yang Pisau Kedah nak habaq kat penyokong PAS Kedah, tak payah la bimbang sebab orang-orang UMNO ni tidak pernah mendoakan keburukan kepada sesama Umat Islam sepertimana PAS mendoakan kehancuran kepada UMNO. Ustaz Fadhil Hanafi hanya mendoakan kemenangan kepada UMNO/BN sahaja.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog