Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 20 Mac 2013

Panas !!! Gerak Kerja Membunuh Keriar Politik Husam Musa Di PRU13



Tanpa kita semua sedari ada pihak dalam PAS Kelantan ingin membunuh keriar politik Husam Musa di Kelantan apabila mendesak PAS Pusat meletakkan Husam Musa bertanding di Parlimen Putrajaya pada PRU 13 ini setelah YDP PAS Putrajaya, Nazir Zakaria menawarkan kerusi tersebut kepada Husam Musa.

Meletakkan Husam Musa ke Parlimen Putrajaya ianya bererti menidakkan harapan penyokong  akar umbi PAS Kelantan yang mahukan Husam Musa berada di Kelantan sebagai calon  penganti Nik Aziz sebagai Menteri Besar kelantan sekiranya terdesak.
KOTA BHARU - Pas Kelantan tidak menghalang sebarang keputusan yang ditetapkan pusat berhubung tawaran untuk Naib Presidennya, Datuk Husam Musa supaya bertanding di Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada pusat untuk membuat kata putus dalam soal tersebut.

“Itu adalah hasrat Pas Putrajaya, bagaimanapun pusat yang akan tentukan siapa bertanding di sana. Kata muktamad terletak di tangan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas tawaran Yang Dipertuanya, Mohamad Nazir Zakaria kepada Husam bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti sebagai peluang kemenangan Pas.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga exco kerajaan negeri memberitahu, terdapat beberapa nama lain dicadangkan dan disebut-sebut menjadi calon di kawasan tersebut namun enggan mendedahkannya.

Berhubung kepercayaan yang diberikan, Husam dalam kenyataannya kelmarin menyatakan kesediaan untuk menjadi pencabar utama kepada calon Barisan Nasional di kawasan itu.

Bagi Husam walaupun pada jangkaan harapan Pas untuk menawan Putrajaya hanyalah 40 peratus, beliau berjanji akan bekerja keras bagi merealisasikan hasrat berkenaan sekiranya ditakdirkan menjadi calon di situ.

Sebelum ini, sudah tiga kali surat berkaitan calon di Putrajaya dihantar kepada pihak Pas Pusat untuk dipertimbangkan, malah bertemu dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dengan hasrat itu.- SH

Semua kita mengetahui bahawa Parlimen Putrajaya merupakan kubu kuat BN yang di wakili Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pada PRU ke 12 yang lalu dan mempunyai seramai 6608 orang pengundi berdaftar.

Dari seramai 6608 pengundi berdaftar di Putrajaya, Pakatan Haram hanya mampu meraih sokongan tidak melebihi  dari 1/3 jumlah penggundi di sana. Malahan dengan meletak calon dari luar yang tidak pernah membuat kerja di Putrajaya, terlalu sukar untuk Pakatan Haram meraih sokongan.

Bersedia menjadi calon di Parlimen Putrajaya dengan melawan BN Putrajaya umpama menyerahkan leher untuk di sembelih hidup-hidup di PRU 13 ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog