Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 16 Mac 2013

Anwar Pasti Tak Lalu Nak Makan Bila Mendengar Berita Ini.



NIBONG TEBAL: Penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan pembabitan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu penting untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata siasatan secara mendalam terhadap dakwaan itu perlu dijalankan untuk mengenal pasti siapa yang terbabit.
"Ini perkara yang amat penting. Keselamatan negara kita tidak boleh diambil ringan. Jangan hari ini berlaku, esok lagi berlaku. Kalau kita tak hentikan dalang-dalang seumpama ini, yang akan merana ialah semua rakyat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan jeti nelayan Sungai Udang yang bernilai RM1.5 juta dan menyampaikan elaun sara hidup kepada 748 nelayan, di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata, siasatan mendalam dan menyeluruh perlu dijalankan kerana tempias insiden pencerobohan akan turut dirasai bukan sahaja penduduk kampung, malah peniaga.

Katanya, RCI atau membuka kertas putih penting bagi menyiasat dakwaan bahawa terdapat pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan.

Mohd Shafie berkata, beliau pasti insiden di Lahad Datu itu dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Serahkan kepada pihak polis dan pasukan tentera. Saya pasti ia (insiden Lahad Datu) akan diselesaikan segera," katanya.

Katanya, amat penting untuk meyakinkan rakyat mengenai insiden pencerobohan itu agar mereka tidak dipergunakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mohd Shafie berkata, kerajaan pusat akan mempertimbang untuk memberi bantuan kepada nelayan dan usahawan yang terjejas berikutan insiden di Lahad Datu.

Katanya, perkara ini telah dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membantu masyarakat yang berdepan masalah di kawasan Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog