Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 17 Mac 2013

Panas !!! Dokumen Sulit Pakatan Haram Bakal Didedahkan



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, maklumat berhubung rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya dengan mencetuskan keadaan porak-peranda akan didedahkannya apabila tiba masanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas bila kepada pihak mana maklumat itu akan disalurkan.

“Nantilah sampai masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain, di sini hari ini.

Kelmarin ketika berucap di Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Muhyiddin mendedahkan bahawa pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian dan kemudian menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam.

Beliau berkata, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

”Pendedahan itu bukan dakwaan semata-mata. Saya sendiri telah melihat beberapa dokumen daripada sumber yang boleh dipercayai bahwa Anwar dan parti pembangkang mempunyai niat tidak baik untuk mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak,” katanya – UM

1 ulasan:

Awanama berkata...

Sembang banyak tak guna. Jangan buat rakyat tertanya-tanya. Last BN/UMNO pembohong...buang masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog