Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 25 Mac 2013

Gila !!! Demi Keuntungan Politik, PAS Kedah Menipu Dalam Pembinaan 12 Masjid #SaveKedah




Pehhh.. Memang dah gila PAS Kedah ni. Sampaikan pembinaan Masjid pun nak menipu rakyat Kedah. Memang dah tahap kritikal kemunafikan PAS Kedah di dalam mentadbir Kerajaan Negeri.

Kalau dah rasa tak malu untuk menipu rakyat sekali pun, PAS Kedah patut rasa malu pada Allah S.W.T yang maha mengetahui akan perkara sebenar.

Baru-baru ni Kerajaan Negeri pentadbiran PAS Kedah telah mengedar satu buku laporan yang berjudul " Sayangi Kedah Sejahtera " bagi menerangkan kepada rakyat yang kononnya apa yang tertulis dalam majalah berkenaan merupakan hasil kejayaan PAS Kedah di dalam menjadi pentadbir Kerajaan Negeri selama sepenggal bermula 2008 sehinggalah kini.

Buku Laporan yang membuktikan PAS Kedah memang suka menipu

Dari maklumat dalaman yang di perolehi sebenarnya majalah berkenaan telah mendapat tajaan penuh dari syarikat GLC Kerajaan Negeri, YIKED Holdings SDN BHD.

Setelah Pisau Kedah mentelaah satu persatu isi kandungan yang tercatat dalam majalah berkenaan, ternyata kebanyakan yang di nyatakan kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sebenarnya telah di putar belit oleh PAS Kedah untuk mendapat keuntungan politik di PRU 13 ini.



Dalam isu pembinaan 12 Masjid di Kedah seperti yang tersenarai dalam gambar di atas sejak tahun 2008 sehingga kini, Kerajaan Negeri pentadbiran PAS Kedah tidak pernah menyumbang langsung kepada pembinaan Masjid tersebut dan sebaliknya Kerajaan Persekutuan pentadbiran BN yang mengeluarkan peruntukan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan ( ICU ) Jabatan Perdana Menteri membina ke semua Masjid berkenaan.

Sebagai bukti, Pisau Kedah paparkan satu salinan surat kelulusan peruntukan dari YAB DS Najib Razak kepada YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir yang di salurkan melalui ICU sebanyak RM 1.460 Juta untuk membina satu Masjid baru di Telaga Batu, Ayer Hitam Jerlun yang kononnya telah di bina oleh Kerajaan PAS Kedah.

Jom kita dengar penjelasan dari Dato' Mukhriz Tun Mahathir berkenaan penipuan Kerajaan Negeri pentadbiran PAS di dalam pembinaan Masjid Baru Telaga Batu di kawasannya. Lepas ni akan menyusur lagi bukti-bukti penipuan PAS Kedah di dalam pembinaan 11 lagi Masjid yang telah di bina di Kedah.



Kalau dalam isu pembinaan Masjid di Kedah pun PAS Kedah sanggup menipu, apatah lagi dalam soal lain yang terkandung dalam buku laporan kejayaan Kerajaan Negeri pentadbiran PAS Kedah.

Untuk pengetahuan semua, lepas ni kita tunggu dan lihat bagaimana PAS Kedah akan di bogelkan satu persatu tentang penipuan mereka dalam buku laporan tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog