Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 11 Mac 2013

Hot !!! KUIN Kena Kompaun Di Sebabkan Ambil Pelajar Bawah Syarat Kelayakan.



ALOR SETAR 10 Mac - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikenakan kompaun sebanyak RM272,000 oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengambil 34 pelajar di bawah syarat kelayakan masuk yang menyalahi Seksyen 40 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555).

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, kolej universiti tersebut perlu menjelaskan tawaran kompaun itu sebelum 26 Mac ini.

Katanya, jika gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil ke atas Kuin di bawah Seksyen 40 (2) yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 setiap pelajar atau enam bulan penjara.

''Setakat ini pengurusan Kuin berjanji akan menjelaskannya sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke kolej universiti itu di Mergong di sini hari ini.

Sejak diambil alih oleh kerajaan Pas Kedah pada 2008, Kuin dilanda pelbagai isu antaranya melibatkan kebajikan pelajar dan kakitangannya dengan yang terbaharu pengurusan tertinggi kolej universiti itu didakwa menggunakan bangunan kuliah di kampusnya di Kuala Ketil sebagai penginapan sementara pelajar.

Baru-baru ini, kakitangan Kuin meminta Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan bagi menyelesaikan krisis kolej universiti itu yang berlarutan sejak sekian lama.

Menurut Rujhan, pihaknya turut mendapati aliran tunai Kuin adalah negatif selama empat tahun sehingga 2010 dan memaklumkan supaya pengurusan kolej universiti itu berbincang dengan Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar agar meneliti perkara berkenaan dengan segera.

Katanya, Kuin turut diberi peringatan supaya mengambil berat kebajikan kakitangannya bagi menjaga moral mereka dan pihaknya sedang menunggu penjelasan bertulis daripada pengurusan tertinggi kolej universiti tersebut sebelum menentukan tindakan selanjutnya. - UTUSAN

Pastinya pihak KUIN yang akan menanggung kompaun terbabit sedangkan yang bertanggungjawab membuat pengambilan pelajar baru adalah lima anak syarikat Insaniah Holding Sdn Bhd.

Apabila KUIN di kompaun ini bermakna KUIN akan menggunakan duit rakyat yang di peruntukan kepada KUIN untuk membayar kompoun kesalahan yang di lakukan pihak syarikat swasta yang berada dalam KUIN, Insaniah Holding Sdn Bhd.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog