Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 7 Mac 2013

Akhirnya Ketua Pemuda PAS Malaysia Menggunakan Akal Yang Waras Berbanding Tian Chua


Alhamdulillah.. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia berjihad untuk mempertahankan Negara dan mengiktiraf pasukan Keselamatan Negara sebagai wira negara walaupun ada segelintir penyokong Pakatan Haram yang buta perut mengelar pasukan Keselamatan Negara sebagai anjing kerajaan.

Sekiranya di tanya kepada penyokong-penyokong UMNO serta pemuda-pemuda UMNO seperti Pisau Kedah ini, pastinya ada juga dari kalangan penyokong UMNO juga bersedia berjihad untuk Tanah Air sepertimana yang di nyatakan Ketua Pemuda PAS Malaysia. Bagi Pisau Kedah, PAS atau UMNO tetap sesama umat Islam yang mahu mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air.

Namun sebelum bersedia untuk berjihad, Pisau Kedah harapkan Ketua Pemuda PAS Malaysia dapat menasihati segelintir penyokong Pakatan Haram berhenti dari membuat tomahan yang buruk terhadap pasukan Keselamatan Negara. Kerana pasukan Keselamatan Negara tidak minta mereka di hina, tidak minta mereka di keji sepertimana yang berlaku didalam beberapa perhimpunan yang di adakan Pakatan Haram. Mereka hanya minta seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan mereka ketika menjalankan tanggungjawab mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan Negara.

Kasihanilah pasukan Keselamatan Negara yang sentiasa mempertaruhkan nyawa mereka untuk kemakmuran Tanah Air.

Dengan jujur Pisau Kedah puji apa yang di perkatakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan. Di harapkan niat Ketua Pemuda PAS Malaysia ikhlas dalam mengeluarkan kenyataan tersebut dan bukannya kerana kepentingan politik.

Pisau Kedah tidak mahu menuduh la Ketua Pemuda PAS Malaysia mempunyai agenda politik dalam mengeluarkan kenyataan tersebut. Tetapi sekiranya Ketua Pemuda PAS Malaysia mempunyai agenda politk di dalam mengeluar kenyataan tersebut. Mungkin Ketua Pemuda PAS Malaysia boleh menipu makhluk Allah S.W.T namun harus di ingat Ketua Pemuda PAS Malaysia tidak akan dapat menipu Allah S.W.T kerana Allah S.W.T maha mengetahui apa yang tersirat di hati makhluk ciptaannya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog