Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 23 Februari 2013

Eksklusif !!! Lagi Projek Kerajaan Negeri Kedah Yang Merosakan Alam Semula Jadi #TukarKedah




Kelmarin semasa Pisau Kedah berada di Tanjung Dawai, Pisau Kedah di maklumkan tentang keadaan pencemaran yang sedang melanda sungai kawasan Pusat Perkelahan Tupah yang di katakan agak teruk setelah kerajaan negeri membangunkan projek perlombongan bijih besi di kawasan berkenaan.

Dalam perjalanan balik dari Tanjung Dawai, untuk mendapat kepastian Pisau Kedah singgah sebentar di pusat perkelahan tersebut untuk memantau keadaan sebenar apakah seperti yang di maklumkan kepada Pisau Kedah.


Ternyata apa yang di maklumkan kepada Pisau Kedah adalah benar, keadaan sungai pusat perkelahan tersebut memang menyedihkan dan menyakitkan hati mata melihat keadaan sungai yang dulunya bersih dan selalu di kunjungi orang ramai yang hendak berkelah tapi kini sudah bertukar wajah setelah kerajaan negeri membangunkan projek perlombongan bijih besi.



Lihatlah keadaan air sungai yang bertukar menjadi seperti air karat dan dasarnya di penuhi tanah merah batu-batu sungai yang dahulunya bersih, kini bertukar menjadi batu karat akibat aktiviti pengambilan bijih besi. 

Bertapa kejamnya kerajaan negeri terhadap alam semula jadi hanya di sebabkan mahukan keuntungan segera dengan hasil bijih besi, kerajaan negeri sudah tidak perduli akan kesan terhadap sungai yang berhampiran yang menjadi kawasan rekreasi orang ramai.





Yang lebih menyedihkan apabila terdapat beberapa kawasan di penuhi dengan tumpokan sisa tumpahan minyak dari jentera berat yang di gunakan di kawasan perlombogan mengalir ke dalam sungai.




Yang Pastinya kawasan Pusat Perkelahan Tupah tersebut langsung tidak di pantau dan di selengara oleh Pihak Berkuasa Tempatan MPSP (K)...


5 ulasan:

Unknown berkata...

dah knapa la dgn org2 Pas ni.. kemon.. be more sensitif to environment.. nk tggal apa.tok anak cucu nnt..awk xpelah nak mati esok lusa.. what we will leave for our future generation?? ..ini sume lulus Eia ker before mining??ker main kaut jer jnji pokwt penuh??

Unknown berkata...

*poket

Unknown berkata...

dah knapa la dgn org2 Pas ni.. kemon.. be more sensitif to environment.. nk tggal apa.tok anak cucu nnt..awk xpelah nak mati esok lusa.. what we will leave for our future generation?? ..ini sume lulus Eia ker before mining??ker main kaut jer jnji pokwt penuh??

Fauzi Hamid berkata...

Asal barang jadi duit.. Kerajaan Negeri sudah tidak kisah dengan alam sekitar.. Matlamat menghalalkan cara

Tanpa Nama berkata...

cukup haram jadah puak-puak yang tidak menghargai anugerah Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog