Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 22 Februari 2013

Hot !!! Penyokong PAS Mahukan Parti PAS Mengwujudkan Perpaduan Bersama UMNO

Gambar di ambil dari blog rakan Pisau Kedah Kersi 7 Lok. Beliau menerangkan
segelintir penyokong PAS yang di kenalinya mahukan PERPADUAN di wujudkan


Alhamdulillah, bersyukur Pisau Kedah ke hadrat Allah S.W.T apabila ada juga segelintir kelompok dalaman PAS yang mahukan parti itu mengwujudkan perpaduan dengan UMNO atas dasar penyatuan sesama Umat Islam yang sedang di ancam oleh anasir-anasir yang cuba menjatuhkan Islam di Malaysia.

Alangkah indahnya sekiranya perpaduan ini benar-benar berlaku di antara PAS dan UMNO sepertimana yang di harapkan oleh kebanyakan penyokong di antara kedua-dua parti.

Bagi Pisau Kedah, perpaduan di antara PAS dan UMNO ianya tidak mustahil akan berlaku sekiranya di adakan satu muzakarah untuk membincangkan permasalahan yang berbangkit selama ini demi masa hadapan generasi Umat Islam Malaysia yang akan datang.

Pisau Kedah melihat Tahalul Siyasi yang di lakukan PAS dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Haram langsung tidak mendatangkan keuntungan kepada parti itu dari segi politik mahu pun agama Islam seperti mana yang dapat di lihat sekarang ini.

DAP langsung tidak pernah menghormati prinsip-prinsip PAS dalam Pakatan Haram.

Sebagai contoh, PAS meletakan Dewan Ulama PAS sebagai satu badan tertinggi di dalam parti itu, tetapi dalam isu tuntutan Kalimah Allah, DAP langsung tidak pernah menghormati pendirian Dewan Ulama PAS dan menganggap Dewan Ulama PAS hanyalah satu badan yang tidak layak mewakili pendirian PAS.

Dalam isu tuntutan Kalimah Allah. Sudah jelas DAP mewakili segelintir penganut Kristian cuba memerangi Islam di Malaysia secara halus dengan mahukan penggunaan Kalimah Allah di benarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Seandainya Pakatan Haram mampu mentadbir Malaysia, bagaimana PAS mahu mempertahankan Islam di dalam keadaan berkerjasama dengan parti yang mahu memerangi Islam ?

PAS patut meninggalkan Pakatan Haram demi menyelamatkan Umat Islam Malaysia.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog