Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 19 Februari 2013

Panas !!! Anwar Liwat Kesucian Huguan Siou


Masyarakat Kadazandusun nampaknya masih lagi tidak dapat memaafkan Anwar Ibrahim kerana ‘meliwat’ kesucian gelaran Huguan Siou iaitu kedudukan tertinggi bagi kaum tersebut. Bukan sahaja kerana ia tidak mengikut prosedur dan adat perlantikan tetapi yang lebih menyakitkan hati ialah ia merupakan jawatan ekslusif yang hanya boleh dipegang oleh kaum Kadazandusun Murut.

Justeru, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) telah menuntut permohonan maaf dari pihak PKR Ranau dan Anwar Ibrahim sendiri atas tindakan tidak bertanggungjawab menganugerahkan gelaran tersebut kepada Ketua Pembangkang itu. Menurut Setiausaha Agung KDCA, En. Suman Yasambun dalam kepercayaan kaum mereka, tindakan tersebut akan mengundang sumpahan ke atas pihak yang telah mencemar struktur kepimpinan, terutamanya apabila ia melibatkan Institusi Huguan Siou.

Huguan Siou merupakan ‘penjaga’ kepada budaya, norma-norma, artifaks dan tradisi Kadazandusun Murut yang diraikan setiap tahun dalam Pesta Kaamatan. Gelaran itu membawa bersamanya semangat perpaduan, keberanian dan keazaman.

Huguan Siou yang sah pada hari ini adalah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sekali gus menjadikan perlantikan seorang lagi Huguan Siou sebagai satu penghinaan terhadap beliau, serta seluruh masyarakat Kadazandusun.

Jelaslah bahawa tindakan PKR Ranau adalah keterlaluan, selain tidak bijak. Lebih dari itu, tindakan Anwar untuk menerima penganugerahan itu juga, dilihat sebagai bukti sikapnya yang tidak sensitif dan gila kuasa.

Percubaan Anwar untuk memperbaiki keadaan dengan menafikan beliau ada menerima gelaran tersebut serta menuduhnya sebagai salah satu dari taktik kotor politik BN, nampaknya tidak berjaya. Ini kerana, seluruh rakyat Malaysia telah melihat sendiri gambar-gambar Anwar memakai hiasan kepala tradisi Kadazandusun yang dipanggil ‘sigar’ dan juga selempang yang tertulis ‘Huguan Siou Malaysia’.

Mana mungkin terdapat Huguan Siou Malaysia sedangkan ia merupakan gelaran khas bagi satu kaum sahaja? Mana mungkin Anwar menjadi Huguan Siou sedangkan beliau bukan dari kaum Kadazandusun? Dan, mana mungkin terdapat dua orang Huguan Siou?

Ketua Cabang PKR Ranau, Jonathan Yasin mungkin terbawa-bawa dengan keghairahannya untuk mengambil hati Anwar sehingga terlepas pandang akan kesucian gelaran Huguan Siou. Keinginan yang meluap-luap untuk menang pilihanraya telah menjadikan Jonathan terlupa siapa dan apakah Huguan Siou dan siapa dan apakah Anwar Ibrahim.

Namun begitu, Jonathan mungkin hanya melakukan apa yang diarahkan atau dinasihat oleh pihak atasan parti sahaja. Tidak mustahil, beliau diberikan tugas untuk menonjolkan sokongan dan penerimaan masyarakat Kadazan terhadap Anwar yang tidak berbelah bagi. Justeru, satu-satunya cara yang dapat difikirkannya ialah dengan menggambarkan Anwar sebagai pemimpin tertinggi masyarakat tersebut, iaitu sebagai Huguan Siou.

Jika Anwar mempunyai sedikit maruah atau moral, beliau pasti tahu bahawa cara terbaik untuk meredakan kemarahan kaum Kadazandusun adalah dengan meminta maaf atas ‘kejahilannya’ mengenai adat resam kaum tersebut. Tetapi, seperti yang kita sedia maklum, Anwar adalah jenis manusia yang tidak bermoral, tidak pernah mengaku salah dan tidak mungkin meminta maaf.

Penafian Anwar menyebabkan kaum Kadazandusun semakin ‘sakit hati’ terhadapnya. Anwar nampaknya langsung enggan bertanggungjawab malah tidak segan silu pula menuding jari terhadap BN walaupun bukti begitu nyata. Ini tidak menghairankan kerana beliau juga tidak pernah mengaku menjadi pelakon utama dalam video seks yang tersebar sedangkan wajah serta gerakgeri pelakon tersebut saling tak tumpah dengan dirinya. Malah disahkan pula oleh sistem pengesan wajah sebagai 99% dirinya. Jika itupun Anwar masih boleh menafikan, maka tentu saja Anwar boleh menafikan apa saja.

Inilah masalahnya jika terlalu dahagakan sanjungan dan penerimaan tetapi sukar mendapatnya. Anwar telah lama mengidam menjadi pemimpin tertinggi dalam negara. Memandangkan terlalu sukar sekali untuk memakai gelaran Perdana Menteri Malaysia, maka gelaran Huguan Siou Malaysia sahaja sudah memadai baginya, buat masa ini.

Malangnya, gelaran Huguan Siou Malaysia itu nampaknya telah menjauhkan lagi Anwar dari gelaran Perdana Menteri Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog