Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 20 Februari 2013

Gempar !!! Pelakon Terkenal Fizz Fairuz Dedahkan Siapa Bekas Tunangnya





Pisau Kedah tak sangka juga. Minah dalam gambar di atas ni rupanya cantik, menawan tetapi sayang mempunyai keperibadian yang teruk apabila selindungkan status yang sebenar bahawa dia masih lagi bergelar isteri orang didalam mengikat tali pertunangan dengan lelaki lain.

Apa la yang membuat minah ni sanggup berfikir dengan menggunakan fikiran yang singkat. Sebagai seorang yang masih bergelar Isteri orang, minah dalam gambar di atas patut mengetahui bahawa dia tidak layak di pinang lelaki lain.

Dia ingat kahwin cerai ni satu perkara main-main ka dalam Islam ?

Pisau Kedah tidak menyalahkan keluarga minah ni kerana mungkin keluarga minah ni tak tahu akan hal sebenarnya status minah ini sudah berkahwin atau keluarga minah tidak tahu minah ini masih belum bercerai secara sah dengan suaminya kerana di rahsiakannya.



Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam. 
Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu. 

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang. 
Foto
Fizz Fairuz 
Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog