Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 28 Februari 2013

Hot !!! Apa Agenda SPR Sehingga Menggunakan One Nation Emcess Di PRU13 ni ???



Didalam berusaha menarik rakyat Malaysia menunaikan tanggunjawab memilih kerajaan yang di fikirkan layak mentadbir Malaysia, SPR sentiasa membuat pembaharuan mengikut peredaran zaman bagi memperingati rakyat.

Apa yang Pisau Kedah nak kongsikan adalah merupakan satu video lagu versi terbaru Mari Mengundi yang telah nyanyikan oleh kumpulan One Nation Emcess.

Tujuan lagu Mari Mengundi di perbaharui rentak dan lirik adalah untuk menarik perhatian golongan muda kini agar menunaikan tanggungjawap mereka terhadap Malaysia di PRU 13 ini.


" TUJUH Langkah Pengundian " Yang Patut Anda Ketahui



1 - Sila masuk apabila dibenarkan Polis yang mengawal di pintu masuk.
2 - Serahkan MyKad / Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjuk tangan untuk di periksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
3 - Bergerak kehadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda di panggil.
4 - Selepas Jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
5 - Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
6 - Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
7 - Keluar segera dari tempat mengundi.

Penggunaan Dakwat Kekal Dalam PRU 13


" Dakwat kekal akan digunakan dalam proses pilihan raya ". - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
" Bahan yang digunakan dalam dakwat kekal tidak memudaratkan kesihatan ". -Kementrian Kesihatan Malaysia.
" Dakwat kekal adalah telap air dan kekal pada kulit jari dan kuku ".Jabatan Kimia Malaysia.
" Penggunaan dakwat kekal adalah harus dari aspek syarak ". - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Tatacara Mencalit Dakwat Kekal
Sebelum Kertas Undi Di Keluarkan Kepada Pengundi

. Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kiri pengundi ;
    atau
 .  Dakwat kekal dicalitkan pada mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri ;
    atau
 .  Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri ;
    atau
 .  Dakwat kekal dicalitkan pada mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan ;
    atau
 .  Dakwat kekal dicalitkan pada hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog