Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 26 Februari 2013

Video Eksklusif !!! Sidang Media Wakil Kakitangan KUIN Buat Azizan Razak Dan Rektor KUIN Sakit Jiwa #TukarKedah

Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan KUIN
 ( Wakil Kakitangan KUIN )

Satu perkhabaran yang tidak  berapa baik kepada Menteri Besar Kedah yang DIKTATOR, Azizan Razak dan Rektor KUIN kesayangannya Jamil Osman yang cukup zalim terhadap kakitangan KUIN bahawa Kakitangan KUIN yang di tindas tetap akan bertegas menegakkan kebenaran dan hak mereka sebagai kakitangan KUIN walaupun di fitnah Azizan Razan dengan pelbagai tuduhan.

Sehingga kini Azizan Razak masih enggan meminta maaf kepada kakitangan KUIN yang di tuduhnya sebagai ejen UMNO sedangkan apa yang di lakukan mereka bukannya membabitkan politik PAS atau UMNO. Apa yang di lakukan mereka hanyalah menuntut hak mereka sebagai pekerja kepada majikan.




Alor Setar 26/02 - Mewakili lebih dari 400 kakitangan Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ), Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan KUIN pada hari ini dalam sidang akhbarnya tetap bertegas bahawa kakitangan KUIN akan menuntut hak mereka setelah di tindas sejak sekian lama oleh pentadbiran KUIN dan Menteri Besar Kedah.

" Kita sebenarnya sudah sampai ke kemuncak untuk menegakkan kebenaran dalam memperjuangkan hak-hak kami yang di nafikan oleh Kolej Universiti Insaniah khususnya Rektor Insaniah, Datu Jamil Osman dan juga Pengurusi Lembaga Pengarah KUIN iaitu Azizan Razak "katanya.

Menurut Muhammad Azki , " Mereka gagal menguruskan kebajikan dan mereka gagal menguruskan Kolej Universiti Insaniah dengan baik."

"Punca Utama KUIN mengalami krisis yang teramat teruk dan amat parah ini adalah disebabkan sama ada dia merupakan pengurusan, kewangan, korupsi, penyelewengan ada;ah di sebabkan kepimpinan tertinggi KUIN yang di terajui oleh Datuk Jamil Osman sebagai Rektor dan Datuk seri Azizan Razak sebagai Menteri Besar dan merupakan Pengerusi KUIN, mereka gagal melaksanakan kepimpinan Islam secara telus dengan Sidiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh " katanya lagi.

Beliau mengharapkan Datuk Jamil Osman serta Azizan Razak dalam menjadi pemimpin supaya bertakwa kepada Allah S.W.T. Dan dengan bertakwa kepada Allah S.W.T menyelamatkan KUIN daripada kancah kemusnahan sebuah institut pengajian tinggi Islam.- Pisau Kedah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog