Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 24 Februari 2013

Hot !!! DS Najib Razak Jawab Kenapa Lewatkan PRU13.



Rata-rata penceramah dan pemimpin Pakatan Haram mengatakan dalam ceramah ,DS Najib Razak takut nak bubarkan Parlimen kerana disebabkan bimbangkan BN akan kalah teruk pada PRU 13 ini.

Bagi Pisau Kedah apa yang di perkatakan itu hanya mainan prespektif penceramah dan pemimpin Pakatan Haram yang mahu menipu pemikiran para penyokong Pakatan Rakyat supaya mempercayai bahawa Pakatan Haram mendapat sokongan daripada rakyat untuk di beri mandat selepas PRU 13 nanti.

Sebenarnya DS Najib Razak bukannya takut untuk berhadapan dengan pembubaran Parlimen. DS Najib Razak yang baru di beri mandat sebagai Perdana Menteri ke 6 pada tahun 2009 mempunyai agenda tersendiri di dalam membela rakyat dan membangunkan Malaysia.

Bagi yang masih tertanya-tanya mengapa DS Najib Razak melewat-lewatkan PRU 13. Baca penjelasan sebenar dari DS Najib Razak 

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

Beliau berkata, idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara.

"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya ketika melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di sini, hari ini.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU13 nanti kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang boleh memenuhi harapan rakyat.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JANGAN BUAT LAWAK LA. ANALISA YG SAYA BUAT JELAS MENUNJUKKAN UMNO/BN MUSTAHIL DAPAT PERTAHANKAN PUTRAJAYA. PERAK, JOHOR, SABAH DAN SARAWAK AKAN MENYAKSIKAN PERTAMBAHAN KERUSI PARLIMEN YG KETARA KEPADA PAKATAN RAKYAT. DIANGGARKAN PR AKAN KUASAI ANTARA 125 - 135 KERUSI BAGI MENYINGKIRKAN UMNO/BN DARI TAMPUK PEMERINTAHAN. RATA2 RAKYAT KOMITED MAHU MENOLAK KERAJAAN YG KORUP. LAPORAN AUDIT NEGARA JUGA JELAS MEMBUKTIKAN PENTADBIRAN NEGERI YG LEBIH BAIK DI BAWAH KERAJAAN PR. TUN MAHATHIR KATA DAH TAK ADA YG CERDIK DLM UMNO. DITAMBAH TITAH RAJA NAZRIN YG MENGUATKAN DAKWAAN TUN.

Tanpa Nama berkata...

Sarawak? I don't think so bro. Many of us are out from that shit. Maybe chinese will rule Miri and Kuching Selatan. Sibu. But majority will be back to BN. There are silent majority for BN. They are tough to crack. And most of them know how to differentiate. DAP in Miri is shit. Since DAP rule, there are THOUSANDS of massage parlor. Casino. Many Malays are waiting to throw this prick out. In my housing area, there are 8 casino and around 20 massage parlor. It feels like I'm living in gangster paradise. Honestly, when BN rules, there are 0 of this thing. And the parlor is halal one. Now, its extra 'halal'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog