Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 19 Februari 2013

Panas !!! Anwar Naik Angin Setelah Chua Jui Meng Kena Balun Dengan Karpal



Apa dah jadi ni kepada Pakatan Haram di Johor??.. Belum sempat nak bubar parlimen dah bergaduh sakan sesama sendiri untuk nak letak calon parti masing-masing bertanding di PRU 13 nanti sehinggakan memaksa Pengerusi parti DAP, Tok Guru ( anugerah parti PAS ) Karpal Singh masuk campur dengan memberi amaran keras kepada Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi yang telah di berikan kepada PKR Johor di PRU 13 ini supaya tidak ganggu kerusi DAP Johor.

Dalam perbalahan sesama sendiri yang sedang hangat melanda Pakatan Haram di Johor, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau telah menuduh Chua Jui Meng menggunakan politik kotor menyerang DAP secara rahsia supaya DAP hilang pengaruh di kerusi yang di peruntukan kepada mereka di PRU 13 ini.

Tok Guru ( anugerah parti PAS ) Karpal Singh yang mempercayai kata-kata Boo Chen telah mempertikai tindakan Chua Jui Meng itu dan menganggap ianya merupakan tindakan sabotaj Pakatan Haram yang telah di dalangi oleh tangan-tangan hitam yang cuba memburukan imej DAP di Johor.

"Kredibiliti Chua boleh diragui. Kehadirannya yang begitu lama bersama MCA dan Barisan Nasional serta kegagalannya dalam percubaan untuk menjadi presiden MCA pada 2004 dan keghairahannya untuk mendapatkan kembali kerusi parlimen sudah pasti menimbulkan masalah kredibiliti, yang mungkin mengatasi daya inteleknya " 
"Chua patut menyedari bahawa seorang ahli politik yang meninggalkan 'ibu politiknya' tidak layak dipandang mulia dan dengan penuh kebanggaan. Sekiranya apa yang dilakukan Chua boleh memberi kesan tidak baik kepada pakatan pembangkang, maka perbuatannya perlu disekat, lebih cepat, lebih baik," kata Karpal.
Pastinya Anwar Ibrahim tidak mampu mempertahan Chua Jui Meng walaupun gerak kerja Chua Jui Meng memburukan DAP di Johor adalah perancangannya untuk membuat PKR lebih berkuasa berbanding DAP di Johor..

Ternyata perbalahan yang berlaku diantara PKR dan DAP Johor telah menunjukan tiada kesefahaman diantara mereka dalam Pakatan Haram.




Pisau Kedah :-

Benarlah kata Ayahnda Tun Mahathir bahawa perpaduan yang wujudkan dalam Pakatan Haram di antara PAS, PKR Dan DAP adalah cantuman yang tidak mempunyai kesefahaman di antara sesama sendiri sehinggakan boleh mengancam rakyat sekiranya Pakatan Haram di beri kuasa mentadbir di Malaysia.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog