Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 27 Februari 2013

Video Eksklusif !!! Pendedahan Punca Utama KUIN Bermasalah Kewangan.

Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Wakil Kakitangan KUIN


Setelah Azizan Razak melantik Jamil Osman sebagai REKTOR KUIN, Jamil Osman telah membawa masuk satu syarikat yang bernama Insaniah Holding SDN BHD kedalam pengurusan KUIN dan di bawah Insaniah Holding SDN BHD terdapat lima anak syarikat yang terdiri dari syarikat Maya SDN BHD, Insan System SDN BHD, Insan Hospitality SDN BHD, Insan Medic SDN BHD dan Insan Bestari SDN BHD


Setiap CEO kelima-lima anak syarikat Insaniah Holding bergaji minimum RM 10,000 dan maximum RM35,000. Tujuan utama syarikat Insaniah Holding di bawa masuk ke dalam KUIN adalah untuk menjana keuntungan kepada KUIN dari kuliah-kuliah yang telah di subkan ( Di Swasta ) kepada kelima-lima anak syarikat terbabit.

Apa yang dapat di lihat, Insaniah Holding mempunyai kadar operasi syarikat yang sangat tinggi setiap bulan sekiranya melihat dari gaji-gaji yang di terima kelima-lima CEO anak syarikat Insaniah Holding.

Oleh kerana kuliah-kuliah pengajian di KUIN di subkan  kepada kelima-lima anak syarikat Insaniah Holding. KUIN telah mengalami permasalahan kewangan yang cukup kritikal dan terburuk dalam sejarah penubuhan KUIN pada tahun 1995 apabila Insaniah Holding gagal mendatangkan keuntungan kepada KUIN melalui yuran pengajian yang di kenakan kepada pelajar-pelajar mengikut kuliah-kuliah yang di subkan kepada Insaniah Holding.

Di sebabkan gagal menjana keuntungan kepada KUIN serta kepada syarikat. Insaniah Holding pada tahun 2012 terpaksa menggunakan RM 12 Juta yang di luluskan Jamil Osman dan Azizan Razak dari duit yang di peruntukkan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN sebanyak RM 15 Juta setahun.

Apakah layak syarikat swasta Insaniah Holding yang di bawa masuk kedalam KUIN oleh Jamil Osman dengan tujuan untuk menjana keuntungan kepada KUIN telah menggunakan duit peruntukkan Kerajaan Negeri kepada KUIN ??.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog