Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 19 Februari 2013

Panas !!! Azizan Razak Bakal Masuk ICU Apabila Mengatahui Janji BN Kepada Kakitangan KUIN.


Sebelum ini, Azizan Razak telah menunjukan kepada kita bagaimana pemerintahan kuku besinya apabila mengarahkan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang menuntut hak mereka yang telah di nafikan REKTOR KUIN kesayangan Azizan Razak, Jamil Osman supaya keluar dari KUIN sekiranya mempunyai masalah dengan pentadbiran KUIN. ( Baca Di Sini ).

Terbaru, demi menyelamatkan masa depan kakitangan KUIN, BN Kedah melalui Dato' Paduka Ahmad Bashah telah berjanji kepada kakitangan KUIN akan menyelesaikan permasalahan yang sedang di hadapi kakitangan KUIN sekiranya BN di beri mandat mentadbir Kedah selepas PRU 13 ini.


ALOR SETAR, 19 Feb - Pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan kembali cekap dan teratur sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah semula Kedah selepas pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah berkata selama BN mentadbir Kedah sebelum ini, Kuin yang berada di bawah kerajaan negeri tidak pernah menghadapi masalah seperti sekarang ini.

“Kuin ditubuhkan kerajaan BN pada 1995 dan tidak pernah berhadapan dengan masalah seperti sekarang. Kita lihat mereka (kerajaan PAS) lantik orang tidak berkebolehan untuk mentabdbir sebab itu Kuin jadi porak peranda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ‘Tangan Dihulur Kasih Diberi’ di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Telok Chengai, Kuala Kedah di sini hari ini. Program itu disertai kira-kira 60 kanak-kanak istimewa yang turut menerima sumbangan daripada Ahmad Bashah.

Beliau berkata sekiranya di bawah pentadbiran kerajaan BN, masalah kebajikan petugas kolej universiti itu, termasuk isu potongan gaji untuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pinjaman bank akan diselesaikan.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata beliau kesal dan kecewa kerana kerajaan PAS di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menangani isu itu dengan bijak.

“Kegagalan Azizan dalam menyelesaikan masalah kewangan Kuin membuktikan kerajaan negeri tidak cekap dan lemah untuk menguruskan kewangan kolej dengan baik, tidak seperti BN dahulu,” katanya.

Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, berkata walaupun banyak demontrasi aman dan penyerahan memorandum dilakukan, kerajaan PAS seolah-olah tidak mempedulikan nasib petugas mereka

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog