Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 25 Februari 2013

Hot !!! Pemuda UMNO Sik Di Serang Pemimpin PAS #TukarKedah



Pehhh... Memang samseng gila pemimpin PAS Sik apabila bertindak menyerang Bilik Gerakan BN dan berniat untuk mencederakan salah seorang pemuda UMNO yang berada dalamnya.



Menurut laporan yang di buat Pemuda UMNO Sik, Rodzaidi Sullahhudzin. Beliau telah di serang oleh dua orang pemimpin PAS kawasan yang bernama Cikgu Mad Radzi dan Cikgu Azizan yang tidak berpuas hati dengan pemuda berkenaan.

Kedua-dua pemimpin PAS kawasan terbabit bertindak samseng dengan menyerang Bilik Gerakan UMNO/BN Kampung Cemara Jeniang, Sik apabila mengetahui pemuda UMNO yang mereka tidak berpuas hati itu berada di dalam Bilik Gerakan terbabit.

Untuk pengetahuan semua.. kisah penyokong PAS Sik bertindak samseng seperti ini, bukanlah kali pertama berlaku kerana sebelum ini Ketua UMNO di satu tempat di Sik pernah di serang oleh 20 samseng PAS yang tidak berpuas hati kerana menegur tindakan mereka cuba memasang bendera PAS di pagar kawasan bilik UMNO Cawangan.


Ternyata dengan bersikap samseng, PAS Sik kini dalam keadaan terdesak untuk menghadapi PRU 13 apabila mengetahui bahawa mereka akan kalah teruk di Kawasan Sik.

Rakyat di Sik yang mengundi PAS pada PRU12 yang lalu, kini sudah beralih angin dengan menyokong UMNO setelah mereka menyedari UMNO/BN kawasan Sik yang di bawah Ketua UMNO Bahagian Sik, YB Datuk Tajudin ( Adun Belantik ) banyak membantu mereka berbanding pemimpin-pemimpin PAS yang menjadi Ahli Parlimen SIK dan Adun Jeneri.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog