Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 20 Februari 2013

Memang Lawak Apabila Rafiz Cakap Soal Manifesto Pakatan Haram



Ketawa besar Pisau Kedah apabila si Jambu Anwar Al-Juburi, Rafizi Ramli yang berjawatan Pengarah Strategik PKR mengumumkan bahawa Pakatan Haram akan membentangkan " Manifesto Rakyat " ( untuk rakyat kononnya la ) pada minggu depan.

Dalam hati Pisau Kedah, tertanya-tanya... Biaq betul si Rafazi ni bercakap soal " Manifesto " PRU Pakatan Haram. !!!

Tak takut ka rakyat Malaysia semakin membenci Pakatan Haram apabila Pakatan Haram  bercakap soal Manifesto??

Untuk apa Pakatan Haram buat Manifesto baru sedangkan nak tunaikan janji dalam Manifesto PRU12 pun Pakatan Haram tak mampu tunaikan di kebanyakan Negeri yang ditadbir Pakatan Haram sehingga sekarang.

Kalau nak di ikutkan janji Ketua Pakatan Haram pun tak boleh pakai sebab suka menipu dengan janji yang di taburi.

Mari kita ingat balik janji Al-Juburi ( pinjam gelaran yang diberikan Mat Sabu kepada Anwar Ibrahim ) kepada penduduk kaum India di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor, Pulau Pinang yang berhadapan dengan rumah mereka yang hendak di robohkan untuk di buat pembangunan.
" Tapi you.. you percaya sama saya. Siapa Ketua Menteri kita punya geng. DAP dengan Keadilan kita punya geng. Dua minggu sudah menang, mesti itu Ketua Menteri atau dia punya wakil mesti datang sini bagi sign"
" Kalau dia tak buat kerja.. ini bukan Anwar ( dengan nada yang bongkak )".- Anwar Ibrahim
Ketika itu, kaum India Kampung Buah Pala yang termakan janji Al-Juburi bertepuk gembira dengan janji-janji tersebut yang di lakukan Al-Juburi hanya untuk meraih undi PRU12.

Namun sekarang apa dah jadi dengan janji Al-Juburi tu kepada kaum India Kampung Buah Pala ??.. Habuk pun tak ada !!!

Di Selangor pulak kalau nak di ikutkan janji Manifesto PRU12, Pakatan Haram sebenarnya telah berhutang kepada kanak-kanak di Selangor sebanyak RM122 Juta lebih apabila gagal memberi bantuan RM75 kepada setiap kanak-kanak yang dihantar ke nurseri seperti yang di janjikan.


Itu baru janji kepada kanak-kanak yang di hantar ke nurseri.. Pakatan Haram Selangor sudah hutang sebanyak RM122 Juta lebih dan ianya tidak termasuk lagi dengan janji Pakatan Haram di Selangor pada PRU 12 yang lalu hendak memberikan RM 100 kepada ibu tunggal yang layak di Selangor, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidik pra-sekolah ( tenaga pengajar tadika ), memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti dan banyak lagi la kalau Pisau Kedah nak sebut di sini yang gagal Pakatan Haram yang menerajui Selangor gagal menunaikan janji mereka dalam Manifesto.

Di sebabkan tidak mampu menunaikan Janji Manifesto PRU12, Menteri Besar Pakatan Haram Selangor, Khalid Gagap terpaksa membuat kenyataan bahawa Manifesto bukan satu janji .

Manifestor bukan satu janji Pakatan Haram Selangor pulak dah... !!!

Di Pulau Pinang. pulak.. Pakatan Haram berjanji nak mansuhkan kutipan Tol Sungai Nyior , Butterworth. Pisau Kedah dok lalu sampai sekarang ni masih lagi dikenakan kutipan Tol.

Berkenaan janji nak bagi bonus tiap-tiap tahun sebanyak RM 6,000 setahun kepada golongan yang berpendapatan bawah RM 2,000 langsung tidak di tunaikan sedangkan dah nak masuk PRU yang baru.

Di Kelantan pulak ... Pakatan Haram ( PAS ) menjanjikan nak buat Kompleks Sukan untuk wanita dengan dilengkapi Masjid untuk tempat beribadat. Selain itu Pakatan Haram berjanji akan menjayakan program pemberian skim pemilikan tanah lot kediaman untuk semua rakyat. Manakala bagi guru di Yayasan Islam Kelantan akan di berikan skim takaful kelompok guru secara percuma dan banyak lagi la..

Yang Pakatan Haram Kelantan benar-benar tunaikan janji mereka adalah memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan. Itu pun di sebabkan melihat keuntungan balak saja.

Di Negeri Pisau Kedah di lahirkan pulak.. Pakatan Haram berjanji akan turunkan caj air demi kebajikan rakyat. Tapi lepas-lepas mentadbir negeri terus naik kan caj air untuk membebankan rakyat.

Janji nak bina rumah untuk rakyat yang tidak berkemampuan, sampai sekarang tanah yang hendak di bina rumah-rumah tersebut terbiar begitu saja sedangkan Menteri Besar sudah dua kali rasmikan majlis pecah tanah.

Kalau nak di ikutkan Pakatan Haram di Kedah lah yang banyak tak tunaikan janji mereka.

Rakyat harus sedar, rakyat perlu menolak Pakatan Haram di PRU 13 ini kerana mereka adalah pemimpin yang munafik kerana tidak menepati janji.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog