Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 17 Februari 2013

Video PAS Kena Balun !!! Muhyiddin Yassin Buat Azizan Razak Masuk ICU Di Kuala Kedah


Memang dasyat la PAS Kedah terutamanya Azizan Razak, Menteri Besar Kedah kena balun dengan Timbalan Presiden UMNO Malaysia, Tan Sr Muhyiddin Yassin sehinggakan rakyat di kawasan Kuala Kedah pun bersetuju apa yang di perkatakan oleh beliau.

PAS Kedah ni, semenjak mentadbir Negeri Kedah, dah macam beruk dapat bunga la pulak Pisau Kedah tengok. Beruk kalau dapat bunga cantik dan wangi bukannya nak di jaganya, di rosakan bunga tersebut ada la.

PAS Kedah ni sememangnya tak layak di jadikan pentadbir sebab bukannya tahu nak bertanggungjawap langsung mentadbir Kedah seperti mana yang di amanahkan rakyat Kedah pada PRU 12 yang lalu. Apa yang puak PAS Kedah tahu gondolkan bukit-bukit, gunung-gunung untuk diambil balak.

Kalau kata nak membangunkan ekonomi Kedah melalui sumber lain seperti menarik pelabur asing jangan harap la mampu di lakukan PAS Kedah yang hanya nampak keuntungan balak sahaja.


Kuala Kedah - Dalam ucapan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pelancaran KOLABORASI 2013 di Kuala Kedah, beliau menganggap PAS gagal menjalankan tanggungjawapnya sebagai pentadbir Kerajaan Negeri setelah di beri mandat oleh rakyat Kedah di Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu. 
" Kita nak mengajak rakyat jelata untuk bersama pimpinan kerajaan Barisan Nasional, kerana di peringkat Negeri Kedah yang sekarang ini dipimpin oleh PAS sudah gagal. PAS tidak dapat memikul amanah dan tanggungjawap yang rakyat Kedah telah berikan dalam pilihan raya 2008 yang lalu " katanya. 
Selain itu, Muhyiddin Yassin mengatakan " Saya dapat menyaksikan tentang isu permasalahan yang berbangkit di peringkat Negeri Kedah yang tidak langsung tidak dapat diberi perhatian oleh Menteri Besar ataupun wakil-wakil rakyat termasuklah wakil rakyat di Kuala Kedah". 
" Kalau ada apa-apa masalah yang berbangkit, kerajaan negeri tak dapat selesaikan" katanya lagi. 
Apa yang dapat di lihat, sekiranya Kerajaan Negeri menghadapi isu-isu masalah dengan rakyat, Menteri Besar Kedah akan mengambil sikap tidak mahu bertanggungjawap dan menunding jari kepada Kerajaan Pusat untuk menyelesaikannya. 
Sebagai seorang Menteri Besar, Azizan Razak seharusnya dapat menyelesaikan permasalahan yang di hadapi rakyat Negeri Kedah dan bukannya menunding pada pihak lain.- Pisau Kedah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog