Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 23 Februari 2013

Maklumat Sulit Mesyuarat Tutup PAS Dan PKR : PAS Menolak Anwar Sebagai PM



Memang jelas sekarang PAS menolak Anwar Ibrahim sebagai Pedana Menteri, Bagi Parti PAS, Anwar tidak layak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ikuti pendedahan berkenaan mesyuarat tertutup PAS dan PKR, dimana PAS telah menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri..
KUALA LUMPUR, 22 Feb — Pemimpin PAS telah mempersoalkan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya 2013, dengan satu sumber mengesahkan mereka telah menawarkan kepada pemimpin Umno Tengku Razaleigh Hamzah jawatan tertinggi tersebut.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR pada Ahad selepas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.

“Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan kepada The Malaysian Insider.

“Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” tambah sumber tersebut.

Menurut satu sumber lain dari PR, satu pertemuan telah dilakukan diantara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.

“Pakatan perlu ingat, mereka perlu konsisten dalam isu siapa bakal perdana menteri ini. Jangan nanti rakyat nampak kita Flip-Flop,” tambah sumber tersebut memetik perkataan yang digunakan untuk menyerang musuh politik mereka Barisan Nasional (BN).


Tengku Razaleigh: Subject spekulasi. — Gambar fail
Masih belum jelas jika langkah pemimpin PAS itu disokong secara meluas dalam parti Islamis itu. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ahli parlimen parti tersebut telah menyokong Anwar selama ini.
Namun, nampaknya terdapat beberapa langkah untuk memberitahu akar umbi PAS ia adalah penting dalam PR, dan satu cara untuk menunjukkannya adalah dengan mendapatkan jawatan perdana menteri.

Walau bagaimanapun, kepercayaan seperti ini oleh PAS tidak mungkin mendapat sokongan dari DAP dan PKR yang tegas dalam menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Isu siapa bakal perdana menteri PR sekiranya dapat merampas Putrajaya timbul dua minggu lalu apabila dilaporkan Majlis Syura Ulama PAS dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri PR dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.

Walau bagaimanapun Pengerusinya Nik Aziz menafikan laporan Utusan Malaysia itu dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam PR, menurut agensi berita Bernama.

Pengerusi DAP Karpal Singh sekali lagi menegaskan minggu lalu Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013.

Ketidaksefahaman PAS dan PKR mengenai siapa bakal calon perdana menteri dijangka akan menjejaskan PR walaupun pakatan pembangkang tersebut dianggap paling terusun sebagai pencabar BN dalam sejarah.baca seterusnya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog