Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 27 Februari 2013

Hot !!! Penjenayah Kewangan Di Beri Kepercayaan Oleh Azizan Razak Menguruskan Kewangan KUIN





Insaniah Holding, sebuah syarikat swasta yang di bawa masuk REKTOR KUIN, Jamil Osman dan di persetujui Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN sebenarnya merupakan punca utama Kolej Universiti Insaniah menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal sehinggakan telah menyebabkan permasalahan di dalam membuat pembayaran gaji kakitangan KUIN.

Untuk Makluman. Dalam syarikat Insaniah Holding terdapat seorang penjenayah kewangan yang di beri jawatan menguruskan kewangan Insaniah Holding.

Ahmad Shkri Ramli merupakan Financial Controller / Pengurus Kewangan Insaniah Holding. Ahmad Shkri sebelum ini pernah di sabitkan dengan jenayah kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kerana melakukan jualan singkat 202 lot saham-saham AKN Technology BHD dan di denda sebanyak RM300 ribu.



Pada mula di dalam memegang jawatan sebagai Financial Controller, Ahmad Shkri di berikan gaji sebanyak RM2500 sebulan oleh Insaniah Holding. Selepas beberapa bulan berkhidmat, gaji Ahmad Shkri di naikan melebih 50% iaitu RM 4000.

Kenaikan gaji Ahmad Shkri tidak berhenti di situ saja apabila selepas setahun berkhidmat, CEO Insaniah Holding telah bersetuju menaikkan gaji Ahmad Shkri sebanyak 50% dari RM 4,000 menjadi RM 8,000 sebulan mulai 2012.

Akibat kos operasi Insaniah Holding yang tinggi, syarikat terbabit telah bertindak mengambil duit sebanyak RM 12 Juta pada tahun 2012 dari peruntukan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN sebanyak RM 15 Juta setahun.

Bayangkanlah setiap kelima-lima CEO anak syarikat Insaniah Holding gaji mereka tidak kurang dari RM 10,000 dan paling tinggi RM 35,000 sebulan dan gaji mereka terpaksa di bayar menggunakan duit peruntukan tahunan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN kerana Insaniah Holding gagal mendapatkan keuntungan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog