Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 18 Februari 2013

Panas !!! Rafizi Punca Hakers Pro Pakatan Haram Bersikap Macam Israel


Sebelum ini blog lama Pisau Kedah, Media Kedah telah di godam oleh Pakatan Haram melalui email Pisau Kedah. Tujuannya adalah untuk mencari identiti Pisau Kedah yang sebenar namun gagal kerana tiada maklumat peribadi yang mereka dapat perolehi melalui email tersebut.

Setelah mereka gagal memperolehi identiti Pisau Kedah, mereka telah bertindak mengambil alih blog Pisau Kedah yang lama melalui email Pisau Kedah dan sehingga sekarang Pisau Kedah gagal mendapatkan kembali blog Pisau Kedah itu.

Apa yang terjadi kepada blog Pisau Kedah ianya juga berlaku kepada laman WEB milik Parlimen Malaysia apabila telah di godam baru-baru ini dengan memuat naik gambar edit DS Najib Razak dan DS Rosmah Mansor yang bertujuan mengaibkan Perdana Menteri Malaysia yang di sayangi rakyat di Malaysia.



Terbaru pulak ( semalam ) laman web milik Jabatan Penerangan Malaysia juga telah di godam pihak tidak bertanggungjawap yang jelas membenci Kerajaan Malaysia serta kepimpinan DS Najib Razak.

Bagi Pisau Kedah, kerja mengodam laman WEB milik Kerajaan ni adalah buat kerja Hackers yang menyokong Pakatan Haram.



Mungkin kita tertanya-tanya kenapa baru sekarang Hackers Pakatan Haram bertindak mengodam blog-blog  pro BN serta laman WEB milik Kerajaan . 

Sebenarnya aktiviti mengodam ini di lakukan Hackers pro Pakatan Haram adalah di sebabkan Hackers pro Pakatan Haram mahu membalas dendam setelah si jambu Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli mendakwa akaun FBnya telah di godam oleh seseorang baru-baru ini. 

Bagi hackers pro Pakatan Haram pastinya ia akan menunding jari kepada penyokong-penyokong Kerajaan Malaysia yang mengodam akaun FB milik Rafizi Ramli.

Ternyata Rafizi Ramli telah berjaya mengatur Mondius Operandi bahawa akaun FBnya di godam supaya ianya dapat mengapi-apikan hackers yang menyokong Pakatan Haram dan apabila hackers ini sudah terpedaya dengan mainan Rafizi Ramli maka mereka menjalankan aktiviti mengodam dengan kepakaran yang mereka miliki.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog