Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 19 April 2013

Antara Zulkifli Noordin Dan Pakatan Haram Siapa Yang Lebih Menghina Masyarakat India. #TolakPR



Heboh isu Zul Nordin yang menghina masyarakat India diperkatakan selepas nama beliau diumumkan sebagai calon menentang Khalid Samad bagi kerusi Parlimen Shah Alam. Bermula dengan sidang media sebuah NGO yang mendakwa mewakili majoriti masyarakat India.

Semalam dilaporkan sekitar 20 orang pemuda MIC dilaporkan mengadakan bantahan secara terbuka di Shah Alam dengan berpakaian BN. Saya cuba melihat apakah besar kesalahan yang dilakukan oleh Zul Nordin kepada masyarakat India?

Lalu terjumpa dengan video ceramahnya yang dirakamkan 10 tahun lalu ketika beliau masih menjadi ahli parti ekstrem agama iaitu PAS. Umum sedia maklum bahawa PAS merupakan sebuah parti yang ekstrem agama akibat terpengaruh dengan amanat Hadi.

Petikan ucapan Zul Nordin :




Benar ia merupakan penghinaan kepada penganut agama Hindu, malah saya sendiri mengutuk sebarang perbuatan mengutuk dan mengeji kenyataan Zulkifli Nordin dalam video di atas.

Namun perlu diingat, kenyataan yang dirakam di atas adalah 10 tahun lalu - kenapa tidak siarkan sahaja apa kenyataan Anwar Ibrahim ke atas PAS semasa beliau bersama UMNO?

Zulkifli Nordin telah melakukan kesilapan, mempersendakan kepercayaan sahabat-sahabat saya berbangsa Hindu, namun sekurang-kurangnya beliau bertindak memohon maaf di atas keterlanjuran tersebut.

Pernahkah Anwar Ibrahim memohon maaf di atas penghinaannya ke atas PAS?

Setahu saya tidak pernah, namun lihatlah bagaimana Anwar Ibrahim dijilat oleh PAS sekarang, seolah-olah Anwar Ibrahim itu tidak pernah menghina mereka, kerana matlamat mereka adalah untuk jatuhkan BN.

 


Antara pengakuan Zul Nordin adalah pembangkang melatih penceramah untuk mainkan sentimen kebencian serta menghasut kepada kebencian agama. Kenyataan ini membuktikan segala tindakan ekstremis seperti peristiwa Memali berlaku kerana terpengaruh dengan sentimen dan hasutan yang dibuat oleh pembangkang.

Manakala penceramah yang hebat-hebat dalam PAS, berkongsi hasil kutipan jihad tabung PAS setiap kali ceramah. Malah mengaku dia terpengaruh, menjadi ekstremis selepas sertai PAS.

Zul Nordin tidak bersikap menuding jari kepada orang lain selepas melakukan kesalahan, mengambil contoh terbaik sikap PM yang sedia memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas segala kesilapan yang BN lakukan.

Wahai sahabat India dengar di minit 20:24 - di mana bekas pemimpin pembangkang ini menyusun sepuluh jari memohon maaf dan tidak pernah berniat menghina agama Hindu dan secara terbuka memohon maaf di atas segala kesilapan yang mengguris hati perasaan kaum India.

Sekarang Anwar Ibrahim, PKR, DAP dan PAS kena jawab desakan supaya pembangkang memohon maaf dan menghentikan perobohan kuil, di atas penghinaan menyamakan perayaan Thaipusam sebagai perhimpunan jalanan, memohon maaf kepada Gobalakrishnan kerana gelar bekas ahli parlimen Bagan Serai itu sebagai 'paria'.

Pembangkang wajib memohon maaf kepada kami umat Islam kerana memohon untuk menggunakan kalimah Allah, terhadap kenyataan melayu boleh murtad, serta memohon maaf di atas penggunaan 'mampos melayu' ketika peristiwa 13 Mei.

Tak kira Hindu ke Islam ke kita wajar mendesak pembangkang memohon maaf  di atas semua penghinaan mereka, bukan sahaja Hindu malah kami yang beragama Islam!

Bukan sahaja rakyat marah isu roboh kuil pemimpin India pembangkang turut bertelagah dengan Khalid Ibrahim, pendek kata bertelagah sesama sendiri :




Lupakah sahabat-sahabat saya terhadap tindakan biadap Khalid Ibrahim pada tahun 2012?

Bukan mahu membela Zul Nordin, namun pencalonannya di atas tiket BN untuk merebut kerusi bagi Parlimen BN Shah Alam yang disandang Khalid Samad sebenarnya telah memberikan BN banyak kelebihan.

MIC dan sahabat-sahabat India, satu movie untuk anda tonton :



Fikir-fikirlah, jangan sebab Zul Nordin lakukan kesilapan 10 tahun lepas, anda perlu menunggu lagi 5 tahun untuk mengubah kesilapan yang akan dilakukan pada PRU12 yang lepas..


Sumber :- Double Y

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog