Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 24 April 2013

Hot !!! @MukhrizMahathir Perlu Tahu Mahasiswa Kedah Akan Pastikan BN Menang Di Kedah #Siswa4U #TukarKedah




Atas Kesedaran dan peluang yang diberikan dalam peruntukkan undang-undang yang dipinda dalam perkara 15 (2) (c) Akta Universiti Kolej Universiti (Pindaan) 2012 atau lebih di kenali dengan AUKU, Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kumpulan mahasiswa Kedah yang di wakili Azri Norfikri Aziz, Pengerusi Siswa4U telah bertekad untuk bergerak bersama Siswa4U untuk berkempen membantu Barisan Nasional di PRU 13 ini.

Berlandaskan kepercayaan terhadap " Aku Janji Barisan Nasional", Siswa4U yakin Barisan Nasional mampu dalam memelihara kebajikan rakyat sekiranya di beri mandat mentadbir Negara kembali oleh rakyat selepas PRU 13 ini.

Dalam kenyataan sidang media yang di lakukan, Azri Norfikri telah melahirkan rasa kecewanya terhadap cara pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS selama 5 tahun setelah di beri mandat oleh rakyat Kedah pada PRU 12 yang lalu.




" Isu yang pertama amat dekat dengan kami, iaitu isu pendidikan yang melibatkan mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan isu yang kedua adalah isu pembalakan di kawasan hutan utama Kedah " Kata Azri Norfikri.

"Kami mendapati bahawa kegagalan kerajaan PAS untuk menguruskan KUIN dan balak dengan baik, mencerminkan kepincangan dalam pentadbiran negeri secara keseluruhannya" katanya lagi.

Siswa4U yakin, masalah yang berlaku di KUIN akan di selesaikan dengan pantas sekiranya kerajaan Barisan Nasional mentadbir Kedah berbanding pentadbiran oleh PAS yang gagal dalam menyelesaikan kebanyakkan masalah pentadbiran.

Dalam sidang media itu juga. Siswa4U turut menempelak kegagalan PAS menunaikan janji Manifesto PRU yang lalu.

"Janji yang di buat Kerajaan Negeri Kedah (PAS) tidak boleh di percayai, sama seperti Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat"

"Janji di masa lepas belum pun ditunaikan, mereka berani janji lagi !!! ".

Ketika ini Siswa4U sedang giat turun padang untuk berjumpa dengan rakyat Kedah bagi berkongsi pandangan, memberi khidmat masyarakat, mengedar risalah-risalah dan turut memberi ceramah di atas pentas politik Barisan Nasional di Kedah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog