Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 18 April 2013

Projek SULIHH @MukhrizMahathir Buat PAS Kedah Sakit Hati #TukarKedah #SaveKedah.




YAN: Barisan Nasional (BN) akan meneruskan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY), projek mega yang pernah dirancang kerajaan BN sebelum ini, jika berjaya merampas semula pentadbiran negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata projek itu yang mampu menjana pendapatan tinggi kepada negeri selain mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji lumayan kepada rakyat adalah antara perkara yang dimuatkan dalam manifesto BN Kedah pada PRU13, 5 Mei ini.

"BN mempunyai komitmen tinggi untuk membangunkan projek ini dengan kerjasama pihak swasta kerana ia mampu menjana sumber ekonomi kepada negeri dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Mini Padang Lumat di sini, hari ini.

RTC mini itu antara lain menawarkan perkhidmatan tempahan kad perkahwinan, jualan alat tulis, kursus kemahiran dan kelas komputer serta menyediakan lapan inisiatif, termasuk pertanian bernilai tinggi, kerjasama universiti dan pemprosesan produk agro makanan.

ZIPY diumumkan pada 2007, hasil perancangan kerajaan BN semasa memerintah Kedah. Projek itu membabitkan pembinaan kilang penapisan minyak bagi memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara Asia Timur.

Selepas pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran Kedah selepas PRU 2008, mereka bersetuju meneruskan projek itu dan menukar namanya kepada Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (Sulihh).

Bagaimanapun, kerajaan negeri pakatan mahu menggunakan kaedah lain iaitu menambak laut, namun gagal dilaksanakan, dengan memberi alasan kononnya projek itu tergendala disebabkan pemaju yang dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan.

Mengikut perancangan sebelum ini, projek itu dijangka siap tahun ini dan mampu menjana pendapatan RM400 juta setahun untuk kerajaan negeri.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kegagalan kerajaan negeri yang diterajui PAS melaksanakan Sulihh disebabkan pelabur swasta tidak yakin terhadap kerajaan negeri.

Beliau berkata projek ZIPY itu membabitkan cadangan pembinaan jana kuasa baru di Pulau Bunting bagi membekalkan tenaga elektrik ke selatan Thailand manakala pihak swasta juga akan membina pelabuhan untuk minyak dan gas dari selatan Thailand untuk dieksport ke Jepun dan China.

Katanya, kerajaan negeri gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat manakala pembangunan Kedah terbantut selama lima tahun.

"Oleh itu rakyat perlu memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah dan memajukan Kedah pada PRU13 ini," kata Mukhriz. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog