Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 22 April 2013

Hot !!! Penyokong PAS Bertanding Atas Tiket Bebas Di Sebabkan PAS Pertahanan ADUN Khalwat #TolakPR



PASIR PUTEH – Satu Undi Satu ibadah adalah moto kempen calon Bebas serpihan Pas Selising, Ibrahim Ismail dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising dalam pertandingan tiga penjuru iaitu menentang calon Pas, Saiful Bahri Mohamad dan calon BN, Zulkifli Ali.

Beliau dikatakan bertindak dengan dengan sekumpulan penyokong yang tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan Pas memilih Saiful Bahri sebagai calon DUN berkenaan.

Ibrahim ketika ditemui berkata, pihaknya telah melancarkan kutipan dana daripada anggota serpihan Pas termasuk penghuni perumahan di Bukit Jawa, dekat sini bagi menggerakkan kempen PRU-13 dengan mengadakan ceramah umum, kempen dari rumah ke rumah dan usaha menarik pengundi muda dapat dijalankan.



Beliau berkata, parti bebas yang menggunakan lambang serangkai tiga anak kunci akan mempastikan sokongan terhadap calon Pas, Saiful Bahri terjejas sebagai bantahan kedegilan pucuk pimpinan Pas mengekalkan wakil calon yang dikatakan masih terpalit dengan isu panas iaitu kes khalwat di atas keretapi yang gagal dibersihkan sehingga sekarang.

“Niat kami bukan untuk menentang parti Pas tetapi terpanggil untuk menyedarkan pucuk pimpinan Pas yang berjuang atas landasan Islam tetapi tidak peka terhadap isu-isu peribadi yang mencemarkan wakil rakyat dan parti sendiri,” katanya.

Ibrahim yang juga Setiausaha Pas Danan Timur, Selising berkata, satu undi adalah satu ibadat membawa maksud pengundi yang tidak menyokong calon Pas akan mendapat ganjaran pahala kerana tidak bersekongkol dengan kepimpinan yang tidak bersih.

Beliau berkata, keyakinannya untuk menang dalam PRU-13 adalah tipis namun ia berkesan untuk menjatuhkan calon Pas yang dikekalkan pucuk pimpinan parti untuk bertanding.

“Kami sebenarnya tidak memiliki dana atau modal yang banyak bagi mengurus kempen PRU-13. Bayaran deposit penamaan calon berjumlah RM5,000 adalah sumbangan ikhlas ahli-ahli Pas yang sehaluan dangan kami. Selepas ini pun kami masih menagih simpati sumbangan kewangan dan material anggota penyokong untuk meneruskan kempen sehingga menjelangnya PRU-13 pada 5 Mei depan,” katanya.

Beliau berkata, manifesto Bebas DUN Selising ialah menjadi hamba rakyat untuk melaksanakan perkhidmatan selaras tuntutan ISlam dalam soal kepemimpinan, memperbanyakkan program peningkatan syiar Islam dan usrah di masjid-masjid DUN Selising, membangun dan mengaktifkan Badan Bukan Kerajaan (NGO), mempergiatkan program seni kebudayaan setempat yang boleh mengeratkan perpaduan Melayu tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan separuh daripada elaun atau gaji wakil rakyat akan digunakan sepenuhnya untuk kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan rakyat DUN Selising.



Menurutnya, dalam tempoh yang terdekat ini sumbangan kewangan dan sokongan turut diterima daripada orang perseorangan dan NGO setempat dan yakin lebih 1,500 undian pengundi berpihak kepadanya setakat ini.

“Kami akan memastikan golongan muda yang tidak sehaluan dengan Saiful Bahri akan turut menyokong pejuangan ini. Adalah lebih baik mengundi lambang tiga anak kunci berbanding mengundi calon Pas selising yang bukan sahaja gagal memperkasakan perpaduan rakyat Selising sepanjang tempoh mandat yang diberikan rakyat sebelum ini.

“Penentangan kami tidak akan wujud sebagaimana hari ini sekiranya, Saiful Bahri berjaya membersihkan namanya dalam insiden khalwat yang menjadi isu yang berpanjangan bukan sahaja di media cetak, eletronik dan media sosial tetapi masih menjadi bahan bualan di kedai kopi. Sepatutnya, Mursyidur Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat peka terhadap perkembangan sebegini dan tidak ego dengan keputusannya yang membelakangi suara rakyat di kawasan ini,” katanya.- Detik Perubahan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog