Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 24 April 2013

Panas !!! PAS Kedah Di DUN Belantik Dah Nak Berkubur Selepas Pengumuman Calon #TukarKedah #SaveKedah


Apa dah jadi ni ?? PAS di Sik sekarang ni tengah dok gaduh sakan sama sendiri sampaikan ada UPU yang sebelum ini bergiat aktif, sekarang dah hilang seri gahnya selepas PAS Kedah membuat pengumuman calon tempoh hari..

UPU yang anda dapat lihat dalam gambar di atas merupakan UPU Telaga Batu, Sik yang merupakan diantara UPU yang ditutup kerana memprotes calon yang di letakkan PAS di DUN Belantik.

Pihak pemantau TMK yang berada di SIK memberi tahu.. Agak banyak UPU terutamanya di DUN Belantik telah di tutup setakat ini bagi menunjukkan tanda protes kerana penyokong PAS dari puak Ustaz Mat Isa tidak sukakan calon yang di letak PAS di DUN Belantik, Abu Bakar Bakilani.

Bagi puak Ustaz Mat Isa.. Abu Bakar Bakilani tidak layak di calonkan PAS kerana Abu Bakar Bakilani merupakan orang luar dan bukannya pengundi di kawasan tersebut.

Malah akibat kecewa dengan tindakkan PAS Kedah meletakkan Abu Bakar Bakilani, ada segelintir penyokong-penyokog PAS sudah pun mendekati BN di kawasan DUN Belantik.

Di Khabarkan juga.. PKR Sik sudah pun berkubur awal.. Jentera PKR Sik dah tak ada kini.. Ini bermakna Sik telah bebas penyokong PKR 100%..


Kosong !!! 

Mungkin melihat gambar di atas ini.. Penyokong Pakatan Haram akan mengatakan gambar di ambil pada lewat malam.. Penyokong-penyokong PAS di situ sudah balik tidur tinggalkan kubu..

Sekarang kita tengok pulak gambar yang di ambil siang hari..


Tak puas hati lagi sebab gambar jauh ???.. Tak apa.. Kita tengok pulak gambar yang di zoom bagi nampak jelas lagi...


Comfirm !!! Tak ada orang yang bertandang di UPU Telaga Batu, Sik walaupun di siang hari..

Kalau puak-puak Pakatan Haram tak percaya lagi.. turun la ke kawasan DUN Belantik dan tanya sendiri orang di sana.. Kalau boleh tu.. pi cari Penghulu Mukim Sok yang di lantik Kerajaan Negeri... Tanya apa perkembangan terbaru PAS di kawasan itu..

Masa Pisau Kedah turun ke Sik baru-baru ni untuk menghadiri Majlis Bacaan Yassin di bilik gerakan BN DUN Belantik..Tak sangka juga Pisau Kedah, Penghulu Mukim Sok yang dahulunya totok PAS telah mengetuai Majlis Bacaan Yassin di bilik gerakan tersebut dan berikrar akan sokong BN pada PRU13 ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog